19 Anggota IPD Ch3ras Disahkan Positif C0VID-19 – Ketua P0lis KL

KUALA LUMPUR: Seramai 19 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras disahkan positif COVID-19, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin.


Saiful Azly berkata, walaupun 19 anggota itu positif COVID-19, operasi balai dan IPD Cheras tetap berjalan seperti biasa dengan mengamalkan SOP ditetapkan.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata terdapat sebahagian daripada anggota dari IPD Cheras yang masih menunggu keputusan secara berperingkat, daripada Pegawai Kesihatan Daerah.

“Walaupun mereka (19 anggota positif C0VID-19), operasi balai dan IPD Cheras tetap berjalan seperti biasa dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan kerajaan dalam usaha mengek4ng penularan C0VID-19,” katanya kepada Bernama.

Dalam perkembangan berasingan Saiful Azly berkata, sebanyak 29 sekatan jalan raya dilakukan di sekitar ibu negara dan Putrajaya, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 12.01 tengah malam tadi.

Pada Isnin, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam 14 Okt hingga 27 Okt.

Keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan dan mengambil kira peningkatan k3s dan penul4ran C0VID-19 seperti di daerah Klang, Petaling serta daerah Gombak. – BERNAMA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Awani via teh tarik kaw

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "19 Anggota IPD Ch3ras Disahkan Positif C0VID-19 – Ketua P0lis KL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*