“Leher Dah Boleh Nampak!” Perubahan Penampilan Vicha Sekarang Jadi Bvah Mvlut

Pelakon dan pelawak, Vicha berkongsi berita gembira kepada umum mengenai kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

Menurut Vicha, hasil penurunan berat itu berjaya diperoleh hanya dalam tempoh kurang sebulan selepas menjalani rutin gaya hidup yang lebih sihat.

“Selamat pagi sayang-sayang semua. Yeah, leher kita dah boleh nampak dah!

“Dah hilang 10 kilogram (kg) dalam masa tiga minggu. Tenang.. perjuangan kita masih panjang guys. Insya-Allah kita boleh,” katanya menerusi satu entri di Instagram.


Dalam posting itu juga, Vicha turut berkongsi gambar transformasi dirinya daripada 127kg kepada 117kg

Di ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat kepadanya agar terus cekal untuk mencapai misinya menurunkan berat badan.

“Terus semangat ya. Saya bangga dengan awak!,” komen pengikutnya.

“Awaklah sumber inspirasi saya,” tulis seorang netizen.

Sebelum ini, Vicha mengakui adakalanya tertekan dengan masalah berat badannya

Justeru, dia kemudian memasang azam untuk mendapatkan berat badan bawah 100KG dengan menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:AppleHijau

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Leher Dah Boleh Nampak!” Perubahan Penampilan Vicha Sekarang Jadi Bvah Mvlut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*