Raline Shah Layan Kekasih Macam Halwan Pelihar@an

Aktris cantik dari Indonesia, Raline Shah membuat pengakuan yang mengejutkan sewaktu menjadi tetamu di vlog sahabatnya, Daniel Mananta baru baru ini.

Pelakon filem Polis Evo 2 itu berbicara mengenai kehidupan peribadi yang jarang dia kongsikan selama ini.

Raline mengaku dirinya sebagai sosok yang jarang bercinta. Malah usia percintaannya pun tak kekal panjang.


“Saya tak mempunyai banyak pengalaman bercinta. Maksimum tiga tahun, paling singkat satu tahun,” kenang Raline.

Hal itu kata Raline mungkin kerana sikap yang ditunjukkannya terhadap bekas bekas kekasihnya.

Dia mengaku sebagai seorang pencinta haiwan, dirinya menjaga kekasih seperti sedang memelihara haiwan kesayangannya.

“Saya adalah seorang pencinta haiwan dan oleh sebab terbiasa mengurus haiwan peliharaan, kadang kadang saya melayan kekasih seperti my pet,” akui Raline sambil ketawa.

Daniel yang agak terkejut dengan pengakuan Raline kemudian mengulang semula apa yang diperkatakan wanita itu.

“Sekejap, maksud anda melayan kekasih seperti haiwan peliharaan?” tanyanya.

Raline pun kemudian mengatakan walaupun kekasihnya melakukan hal yang buruk, dia tetap memberi layanan yang baik buatnya.

“Misalnya kalau dia m4buk, saya bukan marah. Tapi saya menjaganya dengan begitu baik. Dan kemudian saya ditinggalkan,” cerita Raline.

Meski demikian Raline mengatakan perpisahan dengan kekasih terakhirnya sangat memberi kesan buatnya.

Hal itu kerana lelaki yang dilabelkan sebagai sangat baik dan terbuka itu akhirnya menyedarkan dirinya bahwa selama ini dia terlalu memberi perhatian terhadap pasangannya.

“Dia cakap kepada saya, ‘aku bukan haiwan peliharaanmu’,” kata Raline.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Raline Shah Layan Kekasih Macam Halwan Pelihar@an"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*