“Tvhan Tvtup Rezeki Sebab Kau Asyik Kec@m Orang” Adibah Noor Ditarbiah Netizen, Anggap Tak Dapat Job Sebab …

Pelakon dan penyanyi Adibah Noor meluahkan rasa kesal terhadap pengguna di Twitter yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadapnya baru-baru ini.

Adibah yang berkongsi keluhan terpaksa melepaskan dua tawaran di Johor ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilabelkan pengguna terbabit sebagai hukuman atas perbuatannya.

“Ya Allah, baru nak dapat kerja. Ada dua kerja di Johor Bahru minggu ini. Saya sangat sedih Ya Allah,” ciap Adibah.

Kemudiannya, ciapan Adibah itu dibalas oleh pengguna terbabit.

“Tuhan tutup rezeki kau sebab kau asyik kecam orang. Kalau kau mind your own business dan kekal fokus pada perkara positif mungkin ramai sudah tawarkan kau buat paid review.

“Tak payah kau sibuk nak pergi Johor. Tapi kasihan mulut kau tak jaga sebab itu tak ada pemilik produk yang nak tawarkan kau buat paid review,” tulis pengguna berkenaan.

Balas Adibah, dia terpaksa tidak mengambil wang hasil daripada reviu produk kerana simpati dengan peniaga kecil.

“Wow, dia lebih tahu akan perancangan Allah. Sian dia.


“Dia tak tahu sebenarnya saya banyak turn down paid review sebab tak sampai hati nak ambil wang daripada peniaga-peniaga kecil.

“Semoga Allah membalas habuan yang setimpal dengan niat dan tujuan insan yang tweet ini untuk saya.

“Kepada yang beri kata-kata semangat, empati serta idea atasi masalah, terima kasih banyak.

“Kepada yang mempersenda, caci maki dan berpuas hati atas kesusahan orang lain, saya doakan kalian tidak ditimpa apa-apa kesusahan,” jawab Adibah.

Bagaimanapun, pengguna terbabit telah menukar mod privasi akaun berkenaan selepas identitinya yang sering mengulangkicau visual pornografi didedahkan Adibah.

“Tadi dia terguna akaun personal, sekali penuh dengan porn. Dah terciduk, terus tukar akaun cytro. I may be a joke, i may be a clown, but you are pathetic!” tulis Adibah lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tvhan Tvtup Rezeki Sebab Kau Asyik Kec@m Orang” Adibah Noor Ditarbiah Netizen, Anggap Tak Dapat Job Sebab …"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*