Bekas Kekasih Muncul Kembali Nak Cinta Yonnyboii, “Saya Tidak Mahu Bertemu Dia Lagi …”

Komposer, penulis lirik dan penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Yonnyboii mendedahkan bekas teman wanitanya kembali muncul selepas dirinya sudah dikenali ramai.

Menurut Yonnyboii, sebelum ini dia tidak dilayan walaupun setiap hari sanggup membuat sebuah lagu.

“Ada la juga cuba mendekati. Bekas kekasih pun ada mencari saya semula.

“Dulu boleh katakan hari-hari saya buat lagu untuk dia tapi tidak pernah layan. Kalau saya ada perasaan iri hati, mungkin saya tidak akan layan dengan baik.

“Walaupun masih ada perasaan marah tapi saya sudah maafkannya. Cuma, kalau boleh saya tidak mahu bertemu dia lagi,” katanya kepada Gempak.

Yonnyboii ditemui ketika malam Finale Suria Duo X yang diadakan di Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah pelantun lagu Sakit, bukan itu saja ada kawan yang pernah membulinya sudah menjadi rakan kongsi perniagaan.

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin menyatakan dia sudah memaafkan kerana faham kenapa kawan-kawannya bertindak seperti itu.

“Tiba-tiba ada yang nak berkawan dengan saya dan ada juga kawan-kawan waktu kolej yang pernah buli saya hubungi semula. Malah, salah seorang itu juga sudah menjadi rakan kongsi perniagaan.

“Bagi saya, kita kena maafkan orang walaupun mereka pernah buat sesuatu yang tidak baik terhadap kita. Kalau saya di tempat mereka, saya pun tak nak kawan dengan orang yang pelik.

“Saya ada Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif.

“Setiap kali saya bercakap atau over excited akan jadi over-react. Bila kita terlalu teruja bila jumpa orang, itu yang nampak pelik,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bekas Kekasih Muncul Kembali Nak Cinta Yonnyboii, “Saya Tidak Mahu Bertemu Dia Lagi …”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*