“Dia Hebat, Tak Perlu Bimbingan Dari Saya” Francissca Peter Restu Kak Ani Nyanyikan Lagunya

Penyanyi legenda Francissca Peter memberikan restu kepada ratu etnik Noraniza Idris untuk menyanyikan lagunya pada konsert kedua Gegar Vaganza 7 (GV7) pada Ahad ini.

Jelas Francissca, Noraniza atau lebih terkenal dengan julukan Kak Ani tidak memerlukan bimbingan daripadanya kerana sudah terbukti beliau penyanyi yang hebat dan disegani ramai.

“Noraniza adalah bintang dalam legasinya dan seorang individu yang hebat. Dia juga penyanyi yang bagus.

“Dia tidak memerlukan bimbingan daripada saya. Lebih indah apabila dia sudi menyanyikan lagu saya nanti. Sudah tentu dia akan melakukannya sehabis baik,” kata Francissca menerusi akaun Facebooknya.

Francissca diminta membantu Kak Ani untuk menyanyikan lagu Akulah Kekasihmu yang pernah dipopularkan sekitar tahun 1986.

GV 7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Namun demi mematuhi PKPB yang mula dilaksanakan hari ini sehingga 27 Oktober depan, GV 7 akan berlangsung tanpa kehadiran peminat.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangan pada jam 11.30 malam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dia Hebat, Tak Perlu Bimbingan Dari Saya” Francissca Peter Restu Kak Ani Nyanyikan Lagunya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*