“Jadi Cep4t Mar4h,” Tiz Zaqyah Ada Sin3stesia Sej4k Kecil

Pelakon Tiz Zaqyah, 32, mendedahkan dirinya mengalami sinestesia sejak dilahirkan.

Menurut Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak berkata dia menyedari selepas dia melihat huruf, perkataan, lirik, nombor dan muzik dalam bentuk warna.

“Pada hari ini (Khamis) saya dapati bahawa saya dilahirkan dengan sinestesia. Saya dapat mengesahkan ini kerana sepanjang hidup saya telah melihat huruf, perkataan, lirik, nombor, muzik dalam warna.

“Bersinar…kadang-kadang dalam gelombang. Macam-macam dan menarik,” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah pelakon drama Sara Sajeeda dia menjadi seorang yang mudah marah disebabkan ingin orang sekeliling faham dengan dirinya.

“Tidak hairanlah kadang-kadang sukar bagi orang untuk memahami saya. Saya mudah marah kerana mengharapkan orang memahami.

“Sekarang saya tahu mengapa saya melihat sesuatu perkara berbeza dan lebih masuk akal.

“Kadang-kadang saya juga dapat mencium bau karya seni. Saya benar-benar fikir semua orang mempunyai perkara yang sama dalam fikiran mereka selama ini,” tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

It was today 14/10/2020 that i discovered that i am a synesthete. Born with Synesthesia .i can confirm this because all my life ive been seeing letters,words,lyrics,numbers,music in colors. Glowing. Sometimes in waves. Macam2 la..Interesting ah. No wonder i find it hard for people to understand me sometimes. I get irritated easily because i expect people to understand really. Now i know I do look at things differently and it makes more sense. Swipe left to see what i visualised on procreate while listening to different songs ✨ Sometimes i can smell too artwork too.Hmm..I really thought everyone had the same thing goin on in their minds all this timeπŸ’―βœ¨πŸ”₯πŸ¦©πŸ€πŸ’• go take the test, who knows you pun ada? Theres so many types of Synaesthesia. Good luck πŸ€™πŸΌ

A post shared by π—§π—œπ—­ 𝗭𝗔𝗀𝗬𝗔𝗛 π—₯π—”π—­π—”π—ž (@tiz.zaqyah) on

Sekadar info, sinestesia adalah fenomena neurologis di mana otak menimbulkan beberapa persepsi iaitu penglihatan, suara, ataupun rasa dari suatu indera.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jadi Cep4t Mar4h,” Tiz Zaqyah Ada Sin3stesia Sej4k Kecil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*