Sepahtu Reunion Boleh Live Minggu Ni, Sekali Jep Dedah Tak Puas H4ti Satu Benda

Pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu meluahkan rasa gundahnya apabila terpaksa melakonkan sketsa Sepahtu Reunion Live 2020 tanpa kehadiran penonton.

Menerusi laman sosial Instagram, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 35, berkongsi foto terkininya melakonkan watak orang tua untuk tatapan umum.

“Bila dapat tahu #sepahtureunionlive Khamis ni kau kena buat lawak tanpa penonton.

“Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi bola takde,” tulis Jep menerusi ruangan kapsyen.


Langkah itu diambil berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijalankan bermula 14 sehingga 27 Oktober ini di seluruh Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tambah Jep lagi menerusi ruangan komen, dia merasakan ketiadaan penonton memberikan cabaran buat pelawak untuk beraksi.

Malah, ramai wargamaya yang memberikan sokongan meski pun mereka hanya boleh menonton dari rumah masing-masing.

“Itu akan menguji handal,” kata Nazz Gegar.

“Boleh, lawak layan diri namanya,” komen Achey.

“Kami di rumah sentiasa menanti,” sokong seorang wargamaya.

“Takpe bang, takde penonton pun abang memang kelakar,” tulis seorang wargamaya.

“Bagitau la produksi untuk shoot Sepahtu Reunion kat negeri yang kurang kes Covid contoh macam Pahang, sambutan mesti menggalakkan,” cadang seorang wargamaya lagi.

Sepahtu Reunion Live 2020 akan bersiaran pada setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran Astro Warna (107).

Anda juga boleh strim di Astro GO dan On Demand secara percuma.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sepahtu Reunion Boleh Live Minggu Ni, Sekali Jep Dedah Tak Puas H4ti Satu Benda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*