Syamsul Yusof Akvi Gil4 Kerja Mungkin Pvnca Kemelvt Rumah Tangga

Baru-baru ini rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof menjadi bualan ramai apabila isterinya, pelakon Puteri Sarah didakwa muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pertengahan bulan lalu.

Mengakui rumah tangga berdepan masalah dan kini dalam proses untuk memperbaiki hubungan, Syamsul berkata dirinya yang obses terhadap kerja mungkin menjadi punca kepada kemelut tersebut. Katanya lagi, Puteri Sarah seorang isteri yang baik.

“Saya gila dengan kerja. Saya sendiri pun tak tahu apa masalah saya sebab saya akan sentiasa mencari kerja. Setiap benda datang dengan harga yang perlu dibayar. Tuhan beri kejayaan untuk filem dan karya muzik saya, tapi ada benda yang saya perlu perbaiki.

“Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan rumah tangga kami. Doakan yang terbaik,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai tindakan Sarah yang dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Syamsul tidak menafikan dakwaan tersebut dan kedua-dua mereka sedang mencari jalan terbaik.

“Semua tahu Sarah ada ke sana (pejabat agama). Mungkin kalau sudah tak ada jalan lain, kami bersedia untuk mendapat khidmat nasihat serta kaunseling untuk memperbaiki rumah tangga kami.

“Saya nak tenang-tenang, tapi macam-macam benda berlaku dan terbaru, isu fitnah oleh YouTuber dan ugutan pula,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah dilihat hadir bersama seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya masuk ke bahagian undang-undang keluarga.

Sarah juga tidak lagi mengikuti Syamsul di Instagram. Malah, Syamsul juga dilihat kali terakhir memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala bersama Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Syamsul Yusof Akvi Gil4 Kerja Mungkin Pvnca Kemelvt Rumah Tangga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*