“Encik Selamat Dah Selamat” C0melnya Yusry Tak Dapat Tahan Gelak

Bukan mudah untuk melakukan sesuatu dengan spontan biarpun sudah ada jalan cerita yang disediakan. Apa-apa saja boleh berlaku dalam Sepahtu Reunion Live 2020, dan itulah yang dirasai oleh artis kacak serba boleh Yusry Abdul Halim.

Yusry dijemput menjadi pelakon cameo dalam episod pertama Sepahtu Reunion Live 2020 yang ditayangkan malam tadi.

“Suspens juga sebenarnya. Sebelum ni saya pernah buat cameo tapi bersama KRU. Ada Norman, Edry dan saya back up saja. Cuma bila sorang ni jadi cuak jugak.

Tapi saya tahu mereka ni memang ‘pecah’ dan saya layankan je. Mereka ni bila spontan buatkan saya macam terlupa nak cakap,” ketawa Yusry ketika ditemu bual.

Menurut Yusry yang turut ditemani isterinya Lisa Surihani, dia tiba awal supaya dia dapat memahami jalan cerita yang ingin disampaikan.

“Saya dah tahu apa nak buat, tapi bila saya juga jadi penonton dan melihat lawak mereka tentang ‘suara hati’ lah, berkawadlah, saya dah tergelak. Jadi mood saya dalam mood gelak.

“Tiba pulak berdepan dengan mereka, saya macam alamak! Kemudian kena masuk sketsa part saya, memang saya tak tahanlah. Saya sangat enjoy bekerja dengan mereka kerana mereka sangat-sangat profesional,” kata Yusry yang masih ketawa bila diungkapkan kembali ayatnya ‘Encik Selamat dah selamat’.

Jangan lupa untuk saksikan Sepahtu Reunion Live 2020 secara langsung setiap hari Khamis, jam 9:00 malam di Astro Warna (127) dan Warna HD (107), dan boleh distrim secara eksklusif di Astro Go.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Encik Selamat Dah Selamat” C0melnya Yusry Tak Dapat Tahan Gelak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*