Kisah penghijrahan pelakon Neelofa yang kini tampil dengan imej berniqab benar-benar mencuri tumpuan ramai pihak.
Hal itu turut dirasai pelakon dan penyanyi Linda Rafar yang mengakui berasa terkejut dengan berita mengenai perubahan imej berpurdah yang dilakukan Neelofa.
“Saya masih terkejut dengan hidayah yang Allah hadiahkan pada Neelofa.
“Ketika masyarakat sibuk mengejar hal dunia, Lofa terus istiqamah ke jalan Allah dan menjadi contoh yang baik kepada semua masyarakat di luar sana.
“Love u Lofa. Doakan saya juga kekal beriman pada Allah, fokus ke jalan Allah, terus berbuat baik, ikhlas, jom jadikan Allah nombor 1,” tulisnya.
Hal tersebut dikongsikan Linda menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam hantaran tersebut, Linda turut mengimbas semula imej dirinya ketika menggayakan niqab.
Kongsi Linda, dia sendiri mengakui sentiasa cuba mendekatkan diri dengan Sang Pencipta dalam mencari erti sebuah kehidupan.
Lebih-lebih lagi, katanya, selepas pemergian arwah anaknya, Rezaimin Keifli pada 2014 dan ibunya Rasimah Abdul Rahman yang mengadap Ilahi pada tahun lalu.
“Selepas saya cuba dekatkan diri pada Allah memang kekuatan iman itu terus kuat tetapi apakan daya kita manusia biasa yang sentiasa diuji dengan ujian duniawi dan hasutan syaitan!
“Begitupun, saya bersyukur dengan segalanya. Alhamdulilah saya masih kekal kuat untuk tempuh segala dugaan yang datag setiap hari,” coretnya.
Semalam, Neelofa memuat naik foto dirinya mengenakan niqab di Instagram selain meminta umum terus mendoakan perjalanan baharunya itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT
Sumber: Gempak
PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Be the first to comment on "“Masih Terkej0t Dengan Hidayah Yang Allah Hadiahkan Pada Neelofa” Linda Rafar"