Rizalman Ibrahim Dil4ntik Ahli Lemb4ga Peng4rah UiTM

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim hari ini dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).

Berita gembira itu diumumkan oleh UiTm menerusi Facebook rasmi mereka petang tadi. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad turut menzahirkan ucapan tahniah serta yakin bahawa Rizalman mampu memberikan sumbangan besar terhadap institut pengajian tinggi.

Dalam pada itu, Rizalman menerusi akaun Instagram miliknya berjanji akan terus berkhidmat selagi kudrat dan bakatnya diperlukan.

Susulan pengumuman itu, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada ikon fesyen negara itu atas pelantikan tersebut serta mengatakan Rizalman sememangnya layak memegang jawatan tersebut.

Rizalman yang memiliki lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) UiTM itu bukan saja masyhur sebagai pereka fesyen berjaya malah cemerlang sebagai pereka hiasan dalaman, pengurus majlis, pengatur majlis perkahwinan serta personaliti TV.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rizalman Ibrahim Dil4ntik Ahli Lemb4ga Peng4rah UiTM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*