“Yang Penting Saya Sudah Buat Kerja” Ruhainies

Baru-baru ini pelakon kecil manis Ruhainies ada memuat naik foto aksi mesra dengan pelakon Zul Ariffin, timbul spekulasi dikalangan netizen yang tertanya-tanya adakah mereka sedang hangat bercinta.

Malah, ada yang kurang senang dengan foto berkenaan. Tidak ambik kisah dengan persepsi yang dilemparkan, Ruhainies mengakui dia selesa bergandingan dengan pelakon berbadan sasa itu dan tidak sangka Zul seorang yang kelakar.

“Saya tak kisah orang nak kata cinta lokasi atau apa. Bagi saya ia adalah perkara biasa. Mana-mana penggambaran pun, orang akan buat spekulasi sama malah peminat mengharapkan hero dan heroin bersatu secara realiti.

“Saya okay saja dengan persepsi mereka. Apa yang penting saya sudah buat kerja. Diakui, berlakon dengan Zul sangat mudah. Sebelum ini saya dengar Zul seorang yang garang dan macam-macam lagi.

“Tapi, apabila mula berlakon sama, dia sebaliknya. Dia jenis ‘happy go lucky’, kelakar dan kami sekepala. Memang seronok dapat berlakon bersama. Suka berkawan dengan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata di beri peluang untuk bekerjasama dengan pelakon, pengarah dan pasukan yang bagus adalah satu rezeki dalam bekerja.

“Bukan saja pelakon yang ‘best’, tapi pengarah dan kru juga ‘best’. Bagi saya ini satu rezeki dalam bekerja. Tak sedar kami dah nak habis ‘shooting’,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Yang Penting Saya Sudah Buat Kerja” Ruhainies"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*