Nabil ‘Hilang’ Ketika Konsert Minggu Pertama GV7 Kerana H1dap S4kit Ini…

Kuala Lumpur: Ketiadaan pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad pada konsert minggu pertama program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) minggu lalu  akhirnya terjawab.

Nabil memaklumkan dia menghidap angin pasang atau hernia sehingga tidak dapat mengacarakan program itu minggu lalu.

“Hidup ini ibarat laut. Ada masa surut ada masa pasang. Pada hari itu, pasang. Sebenarnya saya menghidap hernia (angin pasang) ,” katanya sewaktu pembukaan konsert minggu kedua GV7 sebentar tadi.

 

View this post on Instagram

 

The weekend.

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Minggu pertama GV7 menyaksikan kemunculan Datuk AC Mizal menggantikan Nabil pada saat-saat akhir.

AC Mizal menggantikan Nabil kurang daripada 24 jam sebelum konsert itu bersiaran secara langsung pada jam 9 malam.

Terdahulu, GV7 tetap diteruskan penyiarannya seperti dijadualkan tetapi tanpa kehadiran penonton susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

GV7 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mengikut syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Nabil ‘Hilang’ Ketika Konsert Minggu Pertama GV7 Kerana H1dap S4kit Ini…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*