Pegawai Terima Sog0kkan Sebanyak Ini Dlam Sebulan Dar1 Svspek Macau Scc4m

MALAYSIA: Svspek kes Macau Scam dan sindiket perjvdian dalam talian didakwa ‘membelanjakan’ antara RM2 juta hingga RM4 juta sebulan untuk pelbagai pihak menutup jenyahnya, lapor Utusan Malaysia.

Goh Leong Yeong atau popular dipanggil Alvin – yang juga menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ palsu – didakwa berbuat demikian bagi ‘menghidupkan’ aktiviti jnayahnya di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia bahawa dana yang diterima dari Macau Scam dan aktiviti perjvdian dalam talian telah dibahagikan di antara pelbagai pihak yang berpotensi untuk ‘meniup wisel’ berhubung kegiatan haram yang dikatakan telah bermula sejak lima tahun lalu.

Katanya lagi, siasatan mendapati hampir 100 orang mungkin menerima wang dari Alvin – yang kini diburu oleh polis selepas melarikan diri dari perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Oktober lepas.

“Ini termasuk individu berpengaruh, pegawai dan polis yang telah ditahan atau disiasat oleh SPRM.

“Wang itu ‘dibayar’ untuk melindungi jenyah Macau Scam dan perjvdian dalam talian serta memberikan maklumat jika pihak berkuasa merancang serbuan,” kata sumber itu.

Sumber berkata, agensinya masih menyiasat jnayah yang didakwa dilakukan oleh Alvin dan ketua sindiket lain.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenyah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Goh dikehendaki bersabit siasatan membabitkan tiga kes mengikut Seksyen 4(1) (C) Akta Rumah Jvdi Terbuka.

Svspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan SPRM kerana terbabit dalam kes Macau Scam baru-baru ini.

Svspek dilihat menaiki kenderaan jenis Vellfire bersama peguamnya dan dua pengawal peribadinya.

Bagaimanapun setibanya di pagar utama bangunan berkenaan, tangkapan semula terhadap svspek oleh pihak polis bagaimanapun gagal selepas mendapati svspek tiada dalam kenderaan berkenaan.

Pemeriksaan Kamera Litar Tertutup (CCTV) mendapati svspek telah bertindak memanjat pagar untuk meloloskan diri dibantu dengan dua pengawal peribadinya sebelum menaiki sebuah lagi kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Macau scam di tahap kr1sis?

Sindiket Macau scam dan perjvdian dalam talian merupakan sindiket jenyah terancang yang mengaut keuntungan atas angin dengan men1ngg4lkan ribuan mangsa sehelai sepinggang dan porak-poranda untuk menghadapi masa depan.

Mengikut statistik polis, terdapat 28,508 kes “scam” dan 18,130 akaun dibuka membabitkan RM2.5 bilion pada 2019 saja.

Lebih 80,000 akaun keldai milik individu yang membenarkan sindiket menggunakannya bagi aktiviti penipuan dalam talian dikesan dari 2019 hingga bulan ini.

Ekoran kekerapan rakyat yang terlalu mudah terpedaya dengan modus operandi mereka, Macau scam saban hari menjadi tajuk berita.

Terkini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpas satu cabang sindiket, termasuk penangkapan beberapa pegawai polis yang disyaki menjadi dalang operasi haram ini. Pembongkaran sindiket mutakhir ini dipercayai hanyalah sebahagian kecil.

SPRM turut membekukan 730 akaun bank berjumlah RM80 juta. SPRM merampas wang tunai RM5 juta dan 23 kenderaan mewah dalam siasatan pengubahan wang serta sindiket Macau scam sejak beberapa hari lalu.

Pada masa sama, SPRM menahan 20 svspek berhubung siasatan kes itu, membabitkan 11 orang awam, 8 penguat kuasa dan seorang warga China. Aktiviti itu dikendalikan sindiket besar dan terancang.

Semakin kerap kita membaca dan melihat di media cetak mahupun elektronik, pelbagai pendedahan dibuat berkaitan jenyah siber, khususnya penipuan atau “scam”.

Pelbagai cara dilakukan untuk mengutip wang perlindungan daripada penjnayah Macau scam dan perjvdian dalam talian yang dijalankan beberapa sindiket dipercayai dianggotai warga China.

Kuala Lumpur dijadikan pusat atau markas Macau scam dan perjvdian dalam talian dikendalikan sindiket antarabangsa yang menyasarkan rakyat pelbagai negara, khusvsnya China, Hong Kong dan rakyat Malaysia sendiri.

Dipercayai, sindiket Macau scam dan perjvdian dalam talian ini melindungi tidak kurang 10 sindiket besar di Malaysia. Rata-rata pekerjanya terdiri daripada rakyat Malaysia dan China, bergantung kepada kumpulan sasaran sindiket ini. Upahnya lumayan dan risiko ditangkap agensi penguatkuasaan dikatakan rendah.

Berikut antara modus operandi sindiket:

1. Agensi penguatkuasaan mengesan dan membocorkan maklumat kepada ketua kumpulan terbabit berhubung operasi yang akan dijalankan ke atas sindiket.

2. Berpakat dengan pihak berkuasa untuk membuat serbuan dan tangkapan ke atas sindiket terbabit. Dalang akan mengatur pertemuan dengan sindiket yang diserbu pihak berkuasa dan meminta wang untuk melepaskan pekerja ditahan.

3. Menetapkan bayaran bulanan daripada sindiket Macau scam dan perjvdian dalam talian sebagai wang perlindungan dan jaminan bebas daripada tindakan undang-undang.

4. Bertindak sebagai penyedia logistik, termasuk menyediakan pusat operasi sindiket yang kebiasaannya terletak di banglo dan kondominium eksklusif. Dalang akan mencari dan menyewa rumah/kondo/pejabat untuk dijadikan pusat operasi. Ini bermakna sindiket di bawah perlindungan kumpulan itu terpaksa menyewa daripada dalang terbabit.

Keuntungan berlipat ganda dikutip dalang apabila menyewakan semula rumah/kondo/pejabat dengan kadar sewa berlipat ganda.

5. Dalang akan menentukan tempoh sesebuah tempat itu dijadikan pusat operasi. Ia bergantung kepada tahap “panas” kawasan kejiranan terbabit. Pusat operasi akan berpindah-randah dari rumah/kondo/pejabat bagi mengelakkan dihidu masyarakat setempat kerana jumlah pekerja warga China atau tempatan adalah ramai.

Sebagai contoh, dalam serbuan di pejabat di Cyberjaya beberapa tahun lalu, dianggarkan 500 warga China ditahan pihak berkuasa. Adakah proses tapisan ditetapkan kerajaan berjalan lancar? Jumlah yang ramai ini mudah menimbulkan syak wasangka masyarakat setempat. Oleh itu, mereka sering berpindah-randah dan beroperasi di kawasan kejiranan eksklusif serta tersorok.

6. Salah satu dalang itu ialah pemilik pusat jualan komputer dan ICT terkemuka di Kuala Lumpur. Dia akan menyediakan semua bentuk logistik dari segi perkakasan dan perisian komputer untuk kegunaan sindiket. Oleh itu, cukup mudah sindiket mendapatkan perkakasan dan perisian ICT bagi menjalankan aktiviti mereka.

7. Membeli pusat hiburan (karaoke). Semua sindiket di bawah naungan kumpulan dalang ini dikehendaki membayar RM1 juta untuk membeli pusat karaoke. Tiap-tiap malam, sindiket naungan perlu membuka 2 bilik karaoke. Difahamkan, sindiket perlu membayar puluhan ribu ringgit untuk bilik karaoke dan hiburan ini.

Oleh itu, pusat hiburan ini tidak pernah kosong. Dalang juga menjadikan karaoke sebagai pusat menghiburkan penguat kuasa.

8. Melaburkan wang haram hasil kutipan wang perlindungan bulanan, sewa rumah/pusat operasi, peralatan logistik dan aktiviti peras ugut dalam syarikat yang ditubuhkan untuk mengelak dikesan pihak berkuasa. Ini termasuk melaburkan wang haram dalam syarikat milik orang ternama.

Difahamkan, lebih 700 syarikat digunakan dalang untuk “mencuci duit” atau pengubahan wang, termasuk restoran, syarikat pembinaan, ICT, karaoke, kelab malam, syarikat pinjaman wang sah dan tidak sah (along), syarikat penjualan kenderaan import dan sebagainya.

Sudah sampai masanya agensi penguatkuasaan mengatasi masalah Macau scam ini secara menyeluruh. Ketua sindiket perlu ditangkap dan ditumpaskan.

Jika masih ada penguat kuasa, termasuk pegawai kanan yang bersekongkol, melindungi dan mengambil rasuah dari sindiket Macau scam serta perjvdian dalam talian, mereka hendaklah disiasat dan dikenakan tindakan tanpa memilih bulu.

Kajian Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah, sindiket penipuan termasuk Macau scam muncul kerana faktor pakatan sulit, iaitu kerjasama antara sindiket dan orang dalam.

Isu integriti orang dalam, sama ada agensi penguatkuasaan atau swasta membantu sindiket Macau scam menyebabkan kerugian berjuta ringgit kerana ramai yang ditipu.

Apapun, kita masih ada pegawai kerajaan berintegriti tinggi dan tegas dalam menangani isu rasuah. Kadangkala, dengan pengalaman berpuluh tahun dalam pekerjaan tidak bermakna, jika mereka tidak mempunyai integriti.

Sebagai ketua, mereka perlu bersifat telus dan memenuhi 3 kriteria ini.

Kriteria pertama berdasarkan merit seseorang yang boleh dinilai menerusi pengalaman dan profesionalisme dalam melakukan tugas.

Kedua ialah intergriti, iaitu pemimpin yang dilantik tahu dan tidak melakukan kesalahan demi kepentingan individu.

Ketiga ialah memilih pemimpin berani kerana benar. Ini bermaksud, apa juga tindakan, mereka perlu berani meskipun diarah atau menerima wahyu bertindak melanggar undang-undang.

Pihak berkuasa hendaklah menyiasat mereka yang terlibat dan mendalangi sindiket Macau scam serta perjvdian dalam talian sehingga ke lubang cacing.

Tanggungjawab memerangi sindiket Macau scam dan perjvdian dalam talian bukan terletak di bahu agensi penguatkuasaan semata-mata.

Kerjasama orang ramai diperlukan untuk mendengar nasihat pihak berkuasa supaya tidak terjebak dalam aktiviti haram ini. Mereka juga perlu membuat laporan polis jika berdepan sindiket Macau scam.

Hakim pula bertanggungjawab menjatuhkan hvkuman lebih berat ke atas anggota dan dalang sindiket Macau scam serta perjvdian dalam talian untuk dijadikan pengajaran. M

Masalah Macau scam bukan saja boleh meruntuhkan masyarakat, tetapi turut merosakkan imej negara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:  Utusan Malaysia

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pegawai Terima Sog0kkan Sebanyak Ini Dlam Sebulan Dar1 Svspek Macau Scc4m"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*