“Tak Suka Filem Aku Tak Apa Tapi Yang Kau Nak Menggel@bah Apahal” Syamsul Yusof Bdas Pengkrltik Filem 0ver

Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof menegur sikap segelintir pengkritik filem yang terlalu agresif dan agak keterlaluan sewaktu memberikan pandangan mengenai sesuatu naskah.

Syamsul menerusi video pendek di ruangan IG TV di Instagram miliknya sebentar tadi memberitahu adakalanya pengkritik filem melampaui batas dan komen-komen yang diberikan juga seperti tidak menghormati pengkarya dalam industri perfileman.

“Kau tak suka sudahlah, relax lah chill lah. Terus-terang kadang-kadang saya rasa kelakar dengan all this pengkritik, serius saya tak faham.

“Tak apa kalau kau tak suka filem aku, serius tak apa, saya tak rugi apa-apa. Tapi masalahnya yang terlebih-lebih tu, yang kau nak menggelabah apahal? Kenapa? Tak suka it’s fine. Just take it easy.


To haters yang ada masalah dengan aku, nak bagitahu satu bendalah. Perasaan paling best apa tau, bila aku berjaya buktikan yang korang salah. Korang tahu, aku menang. Korang tak nak mengaku.

“Saya masih di sini dan lebih kuat, masih buat filem, masih buat muzik. Saya tak kisah apa orang nak cakap fasal saya.

“Lagi satu, bukan kerja saya untuk puaskan hati korang. Saya buat apa sahaja yang saya mahu, apa jenis filem yang saya mahu lakukan. Ini adalah saya. Anda sedang ‘bermain’ dengan orang yang salah,” tegasnya.


Tegas Syamsul lagi, dia juga tidak gemar dengan sikap individu yang memperlekehkan kebolehan orang lain.

“Imbas kembali 10 tahun lalu, aku tak nak cakap siapa pelakon dok cakap dulu oh Syamsul bapak dia, bolehlah menang.

“Bukan nak berlagak tapi orang yang bersuara tu kau kat mana sekarang? Kata kau bagus sangat dulu. Bukan nak berlagak tapi tu dia moral kehidupan yang korang kena faham.

“Dalam hidup ni jangan memperkecilkan orang. Aku paling pantang. Tolong jangan sesekali perkecilkan orang.

“Tak kisah sesiapa pun dia sebab the moment kau rasa kau rasa lebih bagus pada orang atau dengki, jadi bila ada busuk hati dalam diri korang tak akan berjaya dalam hidup,” ujarnya.

Terdahulu, Syamsul juga pernah menerima kritikan daripada filem Munafik yang dihasilkannya sebelum ini.

Dalam perkembangan terbaharu, Syamsul memaklumkan dia kini dalam proses menulis skrip untuk filem Munafik 3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Suka Filem Aku Tak Apa Tapi Yang Kau Nak Menggel@bah Apahal” Syamsul Yusof Bdas Pengkrltik Filem 0ver"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*