Dikata Terbabit Sindiket Pelacvran Kelas Atasan, Scha Elinnea Bvat Laporan P0lis

Kuala Lumpur: Pelakon Scha Elinnea membuat laporan di Balai Polis Kuantan, Pahang ekoran dakwaan mengaitkan dirinya terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam.

Laporan yang dibuat semalam itu susulan laporan sebuah blog yang menggunakan paparan skrin profil muka depan akaun Instagram dirinya sebagai gambar hiasan berhubung berita berkaitan isu skandal seks kelas atasan itu.

Walaupun artikel itu tidak menyebut nama dan foto dikaburkan, Scha berkata, ada segelintir netizen yang mengaitkan dirinya.

“Laporan itu antara lain berkaitan dengan artikel yang tiada kena-mengena dan menggunakan foto saya sehingga boleh menimbulkan fitnah. Saya berasa malu hingga takut untuk ke lokasi penggambaran selepas tiba-tiba netizen hantar mesej dan serang saya dengan pelbagai cacian.

“Ada yang cakap, inikah pelacur yang dimaksudkan hingga boleh bercuti sana-sini? Ia tidak benar sama sekali dan telahan mereka mengguris perasaan serta mencalarkan maruah, pihak pengurusan dan keluarga. Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini sehinggalah menerima teks serta tangkap layar artikel berkenaan. Saya terkejut dan laporan polis dibuat demi menjaga nama baik,” katanya.

Ditanya sama ada imej seksi yang dibawa antara punca namanya terpalit dengan dakwaan itu, Scha menegaskan, itu hanyalah penampilan.


LAPORAN polis yang dibuat Scha, semalam.
 

“Mungkin ada yang beranggapan sedemikian, tapi tidak semestinya imej yang dibawa seseorang itu boleh dikaitkan dengan kegiatan yang tidak bermoral.Namun, saya bersyukur kerana ada juga peminat yang mengikuti saya sejak dulu tahu saya tidak terbabit dengan aktiviti sebegitu. Mereka sedar sejak sekian lama lagi saya memang gigih mencari duit, berlakon sana-sini demi nak bina nama dan kumpul aset.

“Jadi, tidak adil kalau nak kaitkan imej seksi dengan hal yang tak senonoh memandangkan setakat ini, hubungan dengan produksi drama pun baik-baik sahaja. Mereka tidak menghakimi imej serta penampilan saya,” katanya.

Scha berharap laporan yang dibuat dapat membersihkan namanya daripada segala fitnah yang dilemparkan.

“Harap selepas ini, tiada lagi pihak atau netizen yang membuat telahan sendiri yang boleh timbulkan fitnah. Jangan senang-senang buat spekulasi sendiri hingga boleh jejaskan nama individu lain. Ia membabitkan maruah dan saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan lebih tegas selepas ini jika hal sama masih jadi lagi. Tiada maaf bagimu,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Dikata Terbabit Sindiket Pelacvran Kelas Atasan, Scha Elinnea Bvat Laporan P0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*