‘Ingatkan Wanlta, Rupa-Rupanya…’ P0lis T@han Lelaki Berjubah Wanlta, Kant0i Cvri Duit Tabung Surau

Kes kejadian curi tabung masjid atau surau tidak lagi asing kedengaran dalam kalangan masyarakat kini.

Pelbagai taktik digunakan oleh si pencuri semata-mata untuk mencuri tanpa berasa takut walaupun terdapat penggunaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar luar dan dalam kawasan ibadat.

Begitulah yang terjadi baru-baru ini apabila seorang pencuri kantoi mencuri duit tabung daripada sebuah surau apabila perbuatannya itu sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di surau berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah taktik ‘daring’ yang digunakannya ketika mencuri duit dari tabung surau itu.

Lelaki berjubah wanita

Melalui rakaman CCTV, pencuri itu dilihat memakai jubah wanita ketika melakukan perbuatan terkutuk itu.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, jantina pencuri itu bukanlah seorang wanita, tetapi lelaki yang berpakaian wanita!

Alahai mana pulak dia rembat jubah wanita tersebut?

Lapor Awani, polis telah menahan seorang lelaki yang berusia 29 tahun yang terlibat dalam kes lelaki berpakaian jubah wanita dan mencuri wang dalam tabung surau.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Surau Al-Solehiah, Kampung Tersusun Taman Tasek Permai, Batu Gajah pada Sabtu lalu.

Berjubah hitam siap pakai tudung

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata kejadian yang berlaku pada 16 Oktober itu telah disedari oleh seorang jemaah yang menemui beberapa keping pita pelekat yang diletakkan di atas meja.

Melalui pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang individu berjubah hitam siap bertudung litup warna senada serta memakai pelitup muka sedang menjolok lubang tabung surau dengan menggunakan objek panjang untuk mencuri duit.

Sumber: Sinar Harian

Mask tak lupa ya, takut tak sempat berjoli kena saman RM1,000 pula. 

Lelaki itu kemudiannya dilihat memandu kereta jenis Perodua Viva berwarna putih melalui CCTV yang dipasang di bahagian luar surau.

Susulan itu, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah kemudian telah mengesan dan menangkap lelaki itu di Kampung Serdang Permai, Kampung Kepayang.

 

Pernah curi tabung masjid 

Lelaki itu juga dikatakan mempunyai tiga rekod kesalahan lampau termasuk kes mencuri wang tabung di sebuah masjid di Jelapang, Ipoh pada Ogos lalu.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 380 kanun Keseksaan dan lelaki tu telah direman empat hari bagi membantu siasatan.

Antara barang dirampas ialah sehelai jubah dan tudung berwarna hitam, seluar panjang dan beg sandang.

Syabas PDRM.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Ingatkan Wanlta, Rupa-Rupanya…’ P0lis T@han Lelaki Berjubah Wanlta, Kant0i Cvri Duit Tabung Surau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*