Pernah Seb@rkan Bahawa Covid-19 Palsv, Kini Wanlta Menderlta Selepas Positif Covid-19

Walaupun dunia sedang dilanda virus Covid-19, masih ada lagi kumpulan manusia yang tak percaya dengan kewujudan wabak ini.

Lebih parah lagi apabila mereka turut menyebarkan kepercayaan ini kepada orang ramai supaya tidak memakai pelitup muka.

Kan menyusahkan semua orang…

Baru-baru ini seorang wanita berusia 43 tahun dikenali sebagai Samantha Williamson, disahkan dijangkiti Covid-19. 

Apa yang ‘menarik’ adalah, Samantha yang menetap di Amerika Syarikat merupakan antara individu yang tidak percaya akan kewujudan penyakit ini.

Sumber: News9

Bagaimanapun selepas dia disahkan positif dengan virus Covid-19, Samantha menggesa orang ramai untuk sentiasa memakai pelitup muka lapor Mirror.

Saya merupakan salah seorang individu yang menyebarkan bahawa ianya (Covid-19) tidak benar, tapi sebenarnya ia benar-benar berlaku. Saya adalah buktinya.

Terbayang kematian

Penyakit ini menyebabkan dia turut risau akan kehilangan anaknya dan tidak dapat bertemu dengan mereka lagi.

Saya betul-betul menyangka yang saya akan mati dan kehilangan anak-anak saya serta tidak dapat berjumpa dengan mereka lagi. Berada di sini membuatkan saya sedar bahawa saya mengambil mudah terhadap banyak perkara.

Sumber: News9

Lebih baik pakai pelitup muka sekarang daripada kena pakai ‘pelitup muka’ ni…

Covid-19 juga menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan setiap kali Samantha batuk, dia rasakan seperti seekor gajah duduk di atas dadanya.

Bayangkan perit macam mana Covid-19, itu pun masih ramai lagi yang susah nak patuh SOP, macam mana ni…

Samantha kini masih mendapatkan rawatan di hospital. Jadi yang dekat luar sana tu, patuhlah arahan SOP supaya tidak menyesal di kemudian hari nanti...

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pernah Seb@rkan Bahawa Covid-19 Palsv, Kini Wanlta Menderlta Selepas Positif Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*