Zed Zaidi Ckp Ada Senarai Nama Artis Terbabit Aktiviti Persvndalan, Sekali Chacha Bersuara

Kuala Lumpur: “Kalau betul saya dapat RM40,000 satu malam, buat apa nak berlakon lagi?”

Itu kata pelakon Chacha Maembong, 24, sekali gus menafikan dirinya antara artis yang terbabit dalam sinhdiket pelac-uran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam.

Ia susulan gosip yang dikeluarkan semalam sehingga ada pihak yang mengaitkan nama pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail berkata, tuduhan yang dilemparkan itu adalah fitna-h yang sengaja mahu menje-jaskan kerjaya seni dan perniagaan dibinanya.

“Saya bekerja dari dulu sampai sekarang memang cari rezeki. Orang nak cakap apa dan fitna-h macam-macam, teruskan. Satu hari akan terbukti juga. Semalam keluar gosip kaitkan nama saya dalam skan-dal RM40,000. Ramai mesej peribadi (DM) di Instagram dan komen. Kalau betul, saya tak perlu berlakon dan kerja. Tapi itulah, semua itu mulut orang dan kaitkan dengan perangai saya dulu. Apabila saya sudah berubah pun, orang tetap kaitkan lagi dengan perangai lama saya. Bagi saya, ia adalah lumrah mulut orang,” katanya.

Dalam masa sama, Chacha yang ditemui di lokasi penggambaran drama Bidadari Salju terbitan A Aida Productions berkata, dia juga bakal mengambil tin-dakan undang-undang terhadap individu yang menud-uh dirinya terbabit dalam aktiviti Macau Scam.

“Beberapa hari lalu saya ada keluarkan kenyataan di Instagram mengenai perkara ini sebab terlalu banyak fitn-ah yang dilemparkan. Konon saya tip-u duit orang dengan produk saya. Mereka kata produk saya datang dari wang haram. Saya perlu menjelaskan perkara ini demi menjaga reputasi produk saya apatah lagi ia masih baru di pasaran. Lagi pula ini kerjasama saya dengan Alken dan tidak ada kaitan langsung dengan aktiviti h4ram itu.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang pada komen yang melam-pau. Ia menjejaskan kerjaya, perniagaan dan nama ahli keluarga lain. Saya berani kerana saya tak salah. Jadi apa yang orang nak cakap, cakaplah,” katanya

Zed Zaidi Ada Senarai Artis Mana Yang Buat Aktiviti ‘Persun-dalan’. Nama Mereka Tidak Boleh Didedahkan Kecuali Sebab Ini Sahaja

Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengakui pihaknya ada menerima aduan daripada individu tertentu berkaitan salah laku mengaitkan artis dalam aktiviti persundalan.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, ada segelintir artis yang menjalankan aktiviti tak bermoral dengan memperoleh pendapatan RM20,000 hingga RM40,000 satu malam dalam sindiket pelacuran kelas atasan.

Bagaimanapun, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, segala aduan yang dibuat secara bertulis itu tidak boleh didedahkan kepada umum sewenang-wenangnya kerana ia melanggar isu data dan privasi.

“Apabila kita dapat aduan barulah kita tahu (ada aktiviti persundalan), tapi kita tak boleh dedahkan hal itu kerana ia melibatkan privasi.

“Begitupun, kalau ada pihak berkuasa yang bertanya, kita berilah. Kita hanya sebagai penyimpan dokumen sokongan sahaja”

“Kita tak bercakap atas khabar angin. Ada aduan bertulis kita simpan, itu bahan dokumen, sekiranya orang menuduh kita ada bukti,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak sebentar tadi.

Menurut Zed lagi, Seniman juga tidak mempunyai kapasiti mengambil tindakan dalam menguruskan aduan berhubung masalah mengaitkan isu aktiviti sosial artis.

“Kita pun kena rujuk dengan peguam. Biasanya peguam akan nasihat, tidak akan ambil kes yang melibatkan hal yang melibatkan bidang kuasa pihak berkuasa.

“Lagipun, ini melibatkan hal peribadi. Kita ini sebagai rujukan sahaja. Kerja kita penyimpan data.

“Mana-mana agensi hubungi persatuan, bertanyakan sama ada pernah terima aduan mengenai hal penyiasatan tersebut, jadi kita boleh beri sebagai dokumen sokongan,” katanya.

Terdahulu, Zed mengakui terdapat segelintir individu dalam industri seni terbabit dengan aktiviti sindiket pelacuran susulan pendedahan yang dibuat SPRM.

Bagaimanapun, susulan kenyataannya itu, ramai yang meminta dirinya mendedahkan senarai artis yang berada dalam pengetahuan Seniman.

Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan SPRM mengesan terdapat golongan artis hidup mewah hasil daripada kegiatan tidak bermoral yang mengaitkan diri mereka dengan suspek kes Macau Scam baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:GEMPAK

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Zed Zaidi Ckp Ada Senarai Nama Artis Terbabit Aktiviti Persvndalan, Sekali Chacha Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*