Gambar Lama Neelofa Jadi Bahan Jenaka Pelawak Mana?

Penghijrahan Neelofa sememangnya mendapat banyak maklum balas positif warganet. Namun, tidak semuanya menyokong, ada pula yang seolah-olah tidak senang hati, lalu menjadikan ianya bahan jenaka seperti dilakukan pelawak, KC Nazari ini.

Dengan memaparkan gambar lama selebriti itu yang seksi dan melabelkannya sebagai “Bagaimana ia bermula” serta meletakkan gambar Lofa berniqab sekarang dengan label “Bagaimana perkembangannya” telah membuatkan ramai warganet marah.

Adakah ini melucuka pada pandangan pelawak itu?

Foto : TWitter

Rata-rata warganet bersetuju supaya Neelofa menyaman pelawak itu. Malahan, selepas cerita ini meletup sekalipun, ciapan asal tidak dipadam menandakan yang KC Nazari juga sebenarnya berniat mempermainkan agama!

Justeru, ada juga seruan supaya lebih ramai warganet membuat laporan terhadap akaun tersebut.

Foto : Twitter

Tidak hanya itu, warganet turut cekap membuat penyiasatan lalu menemui bukti bahawa KC Nazari sememangnya suka membuat lawak menyentuh sensitiviti.

Setakat artikel ini ditulis, Lofa tidak memberikan sebarang respon kepada perkara ini, tetapi selebriti ini ada mengulang ciap mengenai reda.

Foto : Twitter

Penghijrahan tidak mudah, pastinya ada cabaran. Namun, ia tidak bermakna kita patut membiarkan golongan yang mempermain-mainkan agama ini berleluasa. Anda rasa bagaimana?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Gambar Lama Neelofa Jadi Bahan Jenaka Pelawak Mana?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*