Baru Je Neelofa Pakai Purdah, Sekali Individu Ini Beri Hadiah Yg Sangat Teristimewa Buat Ramai Terkeejut

KISAH penghijrahan pengacara dan usahawan popular, Neelofa yang tampil berniqab baru-baru ini ternyata mencvri perhatian ramai.

Selain para peminat, seorang gadis mengakui turut tersentuh dengan khabar gembira itu sehingga berhasrat menyerahkan lukisan Kaabah yang dihasilkannya kepada Neelofa.

Menurut Wan Nur Baiti Wan Mohd Fauzi, 25, dia sudah lama menghasilkan lukisan itu dan berbesar hati jika Neelofa sudi menerima hadiah tersebut.

“Sebenarnya lukisan itu saya hasilkan sekitar Mac lalu. Ambil masa dua ke tiga minggu juga untuk dilukis sebenarnya.

“Saya mahu hadiahkan versi cetakan yang saya hasilkan untuk Neelofa sebab lukisan asal sudah dijual.

Baiti mengakui terinspirasi dengan penghijrahan Neelofa.

“Saya tersentuh baca mengenai penghijrahannya. Jauh perjalanan dia sampailah ke tahap ini. Pengorb4nannya untuk hal duniawi sangat memberi inspirasi kepada saya,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Baiti, dia mengakui lukisan itu cukup dekat di hatinya.

 

Ada perasaan istimewa bila hasilkan lukisan tu.

BAITI

Malah, ia dihasilkan dengan teliti, menggambarkan kerinduannya kepada Tanah Suci selepas dua kali kunjungan untuk melakukan ibadah umrah pada tahun 2009 dan 2018.

“Lukisan itu meluahkan rasa rindu saya untuk melihat Kaabah di depan mata. Ia seolah-olah boleh relate dengan penghijrahan Neelofa.

“Hadiah ini juga sebagai tanda terima kasih untuk dia kerana memberi inspirasi kepada saya. Dia juga idola saya dalam bidang perniagaan.

Lukisan Kaabah ini dilukis sebagai lambang kerinduan Baiti kepada tanah suci Makkah.

“Ada perasaan istimewa bila hasilkan lukisan tu, sambil melukis saya pasang lagu nasyid. Ia betul-betul menggamit memori,” kata Baiti.

Bercerita mengenai dirinya, pelukis itu mengakui tak menang tangan melayan permintaan pelanggan sehingga tempahan sudah penuh sehingga April tahun depan.

Baiti sebelum ini pernah mendapat liputan mStar mengenai kisahnya yang menghasilkan seni bercirikan Islamik dikenali sebagai Tehzip.

Di Twitter, posting Baiti yang menyuarakan hasrat menghadiahkan lukisan itu kepada Neelofa turut meraih 5,600 ulang kicau (Retweet).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Baru Je Neelofa Pakai Purdah, Sekali Individu Ini Beri Hadiah Yg Sangat Teristimewa Buat Ramai Terkeejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*