Besr Dvgaan, Salute Ketabahan Ibu Ham1l Ini, “Suami Operati0n Dua-Dua Lutut, Urus Anak, Alahan Elergi Yang Hebat”

Kehidupan berumahtangga sememangnya penuh dengan dugaan begitu jugalah yang dilalui oleh pengasas Rina Salleh Clothing, Rina Salleh.

Sebagai seorang isteri, Rina memikul tanggungjawab sebagai ‘ketua keluarga’ buat sementara waktu selepas suaminya menjalani pembedahan di kedua-dua bahagian lututnya.

Ketabahan dan sikap sabar Rina itu menarik perhatian pengikutnya lebih-lebih lagi apabila dirinya juga sedang hamil.

“Dah lebih sebulan suami operation dua-dua lutut. Alhamdulillah sekarang semakin baik namun masih dalam rawatan fisio sepenuhnya.

“Cepat sangat semuanya sampai tak sempat nak fikir macam mana lepas ni. Kak Rina ambil alih tugas-tugas suami sementara suami dalam proses rawatan.

“Jadual memang penuh setiap hari dari pagi sampai ke malam. Urus anak-anak sekolah, urusan rumah, masak, kemas, grocery shopping, sesekali suami ikut juga di kereta nak ambil angin luar.

“Dengan urusan @rinasallehclothing lagi. Lepas tu bersambung PKPB pula di Selangor ni. Urusan lain memang Kak Rina pause kejap. InsyaAllah lepas ni kita usahakan,” coretnya menerusi posting terbaharu di Instagram

 

View this post on Instagram

 

Dah lebih sebulan suami operation dua-dua lutut. AlhamdulILLAH Thumma AlhamdulILLAH sekarang semakin baik namun masih dalam rawatan fisio sepenuhnya. . Cepat sangat semuanya sampai tak sempat nak fikir macam mana lepas ni. Kak Rina ambil alih tugas-tugas suami sementara suami dalam proses rawatan. Jadual memang penuh setiap hari dari pagi sampai ke malam. Urus anak-anak sekolah, urusan rumah, masak, kemas, grocery shopping, sesekali suami ikut juga di kereta nak ambil angin luar. Dengan urusan @rinasallehclothing lagi. Lepas tu bersambung PKPB pula di Selangor ni. Urusan lain memang Kak Rina pause kejap. InshaALLAH lepas ni kita usahakan. . Penat? Rasa macam tak percaya dapat buat semua ni. Sampai terlupa kadang yang diri sendiri tengah pregnant. Cabaran pregnant kali ni lain pula. Alahan alergi yang SubhanALLAH hebat. . AlhamdulILLAH banyak ALLAH mudahkan. ALLAH bagi peluang Kak Rina nak khidmat untuk suami dan keluarga. Walau tak sempurna namun tanggungjawab yang lopong-lopong sebelum ni dapat juga topup dengan sediakan keperluan dan teman suami. . Ps: masa di hospital dapat khabar gembira YM ABUYA ABU ASWAD IBNU ZAKARIA ALKUBRA buat kejutan. Tiba-tiba bagitau nak datang. MasyaALLAH dari Kelantan datang untuk ziarah, bagi nasihat dan kata semangat. Tersenyum lebar @afiqiskandar1 sampai hari ni. Berkat doa seorang guru, insiden ni dapat kami ambil kekuatan dan hikmah luar biasa darinya♥️

A post shared by Rina Salleh (@rinasalleh) on


Bagaimanapun Rina menganggap dugaan yang diberikan kepadanya itu mempunyai hikmah tersendiri.

“Penat? Rasa macam tak percaya dapat buat semua ni. Sampai terlupa kadang yang diri sendiri tengah pregnant. Cabaran pregnant kali ni lain pula. Alahan alergi yang SubhanALLAH hebat.

“Alhamdulillah banyak Allah mudahkan. Allah bagi peluang Kak Rina nak khidmat untuk suami dan keluarga.

“Walau tak sempurna namun tanggungjawab yang lopong-lopong sebelum ni dapat juga topup dengan sediakan keperluan dan teman suami,” kongsinya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan cara Rina mengendalikan situasi berkenaan selain mendoakan kesembuhan buat suaminya.

“Moga Allah permudahkan segala urusan rawatan Is agar kembali sembuh seperti sediakala,” doa @razali8778.

“Allahuakbar, Subhanallah. Maira doakan Allah sentiasa beri kekuatan dan tambahkan kekuatan buat kak Rina dan keluarga. Semoga Allah mudahkan segala urusan kak Rina, suami anak-anak,” tulis @nurulnabilahumaira.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Besr Dvgaan, Salute Ketabahan Ibu Ham1l Ini, “Suami Operati0n Dua-Dua Lutut, Urus Anak, Alahan Elergi Yang Hebat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*