“Bila Masa Kami Pakai Purdah?” Izreen Azminda

Selepas berita perubahan mengejutkan oleh pengacara Noor Neelofa, nampaknya dia kini sudah menjadi inspirasi kepada ramai selebriti wanita lain untuk turut berubah ke arah kebaikan.

Pada 21 Oktober lalu, pelakon Izreen Azminda ada kongsikan satu foto dia sedang lengkap memakai jubah serta tudung labuh bersama dengan purdah.

Caption yang ditulis oleh Izreen itu ada mengatakan tentang kehidupan di dunia dan lebih kepada kata-kata hikmah motivasi buat yang membaca.

Ruangan komennya dibanjiri dengan kata-kata doa daripada peminat dan ramai yang berharap agar dia terus istiqomah dalam menutup aurat.

Namun mungkin ada sesetengah netizen yang tidak membaca caption itu sehingga akhir kerana di bawahnya ada tertulis bahawa dia hanya la mempromosikan purdah dan khimar kerana tudung yang dipakainya itu sangat selesa digunakan untuk golongan wanita.

Kami masih sama takdak perubahan apa-apa dari segi pakaian sebelum ni… Kami masih pakai macam dulu lagi.

Dalam masa yang sama, Izreen terpanggil untuk memperbetulkan dakwaan yang diperkatakan oleh netizen tentang penampilan dirinya.

Akui belum lagi berpurdah, Izreen memuat naik satu lagi foto pakaian biasa yang digunakan olehnya dan jelas Izreen tidak berpurdah seperti yang diperkatakan.

Bila masa kami kata kami berpurdah ni.. Ada ni ha sama ja mcm dulu.. Blog blog ni haish malaih cakap la… Sat gi tambah d0sa kami ja… Suka bagi netizen buat d0sa kering.

Selepas gambar itu dimuat naik pada 22 Oktober lalu, ada beberapa pengikutnya meninggalkan komen tentang sikap segelintir netizen yang tidak mempunyai kerajinan untuk membaca keseluruhan caption yang sudah ditulis.

Mereka turut menitipkan doa supaya satu hari nanti Izreen turut akan mengikut jejak langkah Neelofa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: HOTFM

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bila Masa Kami Pakai Purdah?” Izreen Azminda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*