“Bvkan Benda S@lah Nak S0rok” Ismail Izzani Tak Nak Rahsia Kisah Cinta

Walaupun masih muda, Ismail Izzani enggan merahsiakan hubungan cintanya kerana baginya ia bukan perkara salah yang perlu disembunyikan.

Lapor Berita Harian, Ismail mengakui menjalin hubungan dengan penyanyi baharu, Shalma Eliana yang dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi.

Malah, keluarga pun sudah maklum dengan perhubungan mereka berdua.

“Apabila terbuka, kami dapat berkongsi lebih banyak dan apa yang dikongsikan di laman sosial bukan benda buruk. Saya tahu ia tetap ada sisi negatif dan positif, mengikut cara seseorang memandang sebab pandangan setiap orang berbeza.

“Sesetengah orang positif akan nampak kami saling memberikan motivasi antara satu sama lain, apatah lagi kami dalam industri yang sama.

“Memandangkan Shalma masih baru dalam industri dan dia pun sedang membina nama, jadi kami lebih banyak berkongsi soal kerjaya. Malah, kami sentiasa mengingatkan diri perlu fokus pada diri dan kerjaya dahulu,” ujarnya.

Menceritakan detik perkenalan mereka, Ismail berkata, dia pada mulanya menyangka Shalma seorang yang bercita rasa tinggi.

 

View this post on Instagram

 

– Bruh she’s a savage , imma simp for her 🤣⚡️🤍 #ADACARAFAM

A post shared by @ ismailizzani_ on


“Waktu kami di tingkatan 3, saya pernah keluar dengannya bersama rakan lain dengan hanya berbekalkan RM20 dalam poket. Saya tiada keyakinan nak bercakap dengannya ketika itu.

“Bagaimanapun, Shalma ada menghantar mesej langsung (DM) pada 2018. Dia memberitahu lagu ‘cover’ pertamanya adalah lagu saya, Sabar. Saya teruja sebab daripada tingkatan 2 saya memerhatikannya.

Kredit foto:Instagram

“Dari situlah, kami mulai berhubungan dan apabila bertemu. Saya terkejut kerana Shalma seorang yang ringkas. Keperibadiannya juga bersahaja, itulah yang membuatkan saya tertarik,” dedahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bvkan Benda S@lah Nak S0rok” Ismail Izzani Tak Nak Rahsia Kisah Cinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*