“Macam Mana Nak Hati-Hati Kalau Tak Tahu” Netizen Pertik@i Keputusan Dr Hisham Tak Nak Dedah Tempat Ada Kes Covid-19

Pada sidang media semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan, nama restoran, kondominium, sekolah ataupun pusat membeli-belah yang terdapat kes Covid-19 tak akan didedahkan.

Dalam sidang media semalam, Dr Hisham mengatakan keputusan ini dibuat adalah untuk tidak meletakkan stigma kepada premis-premis ini, lapor FMT.

Sumber: CodeBlue

Menurutnya lagi, KKM sering diberi tekanan untuk mengenalpasti nama sesuatu lokasi yang mempunyai kes positif, tapi tak memberitahu orang ramai bagi mengelakkan ketakutan pada orang awam.

Kalau ada kes yang dilaporkan di sesuatu tempat, orang mungkin tak nak pergi ke sekolah, kondo atau mall terbabit.”

Tambahnya lagi, fokus KKM adalah untuk menutup kawasan tersebut bagi tujuan sanitasi dan disinfeksi bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Kami akan lakukan perkara terbaik untuk bersihkan kawasan tersebut tapi kami tak nak ada apa-apa stigma, jadi saya tak akan sebut nama.”

Ekoran dari ini, ramai netizen yang mempertikaikan keputusan KKM ini.

“Kalau tak bagitahu, semua perniagaan disekeliling pun akan terkesan sebab tak tahu.”

“Saya rasa ini adalah tindakan yang salah. Kalau nak landaikan lengkungan dan putuskan rantaian, orang patut boleh buat keputusan untuk pergi atau tak. Ketelusan akan bantu putuskan rantaian.”

“Saya rasa beritahu lokasi adalah jauh lebih penting dari cuba untuk lindungi perniagaan orang. Pokoknya – kami, rakyat ada HAK untuk tahu.”

Pun begitu, ada juga netizen yang menyokong keputusan dari KKM ini.

“Tindakan untuk tak namakan adalah keputusan yang baik, sama juga dengan merahsiakan identiti pesakit, kenapa? Supaya orang tak akan ambil mudah dengan situasi ni dan hanya pakai pelitup muka dekat tempat yang berisiko, kalau tak sebut nama, orang akan belajar untuk pakai pelitup muka setiap kali tinggalkan rumah.”

Apa pendapat korang? Patut atau tak KKM rahsiakan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Macam Mana Nak Hati-Hati Kalau Tak Tahu” Netizen Pertik@i Keputusan Dr Hisham Tak Nak Dedah Tempat Ada Kes Covid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*