Bahasa Tu Agak-Agak Lah, Sampai Kau Nak Petik Bangsa Aku Dah Kenapa? Syamsul Yusof

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kisah pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof antara yang paling mencvri tumpuan di media sosial.

Bermula dengan cerita rumahtangganya yang dikatakan sedang bergolak, timbul pula isu seorang Youtuber yang mengambil kesempatan dengan memuatnaik video menggunakan tajuk berunsur fiitnah.

Tidak habis di situ, Syamsul kembali mengejutkan peminatnya apabila tampil membuat laporan polis selepas menerima mesej ugvtan terhadap isteri dah anak-anaknya.

Susulan dari kes itu, Syamsul telah memuat naik satu posting menawarkan RM10 ribu kepada sesiapa yang dapat membawa individu berkenaan berjumpa dengan beliau.

” Abg perlu perkhidmatan GRAB CAR. Sape2 boleh fetch mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan. Mamat ni dia kat KL je so dekat.

” Walau dekat, grab car saya bayar 10k cash. Apa2 sila email sy di pengarahkerdil@gmail.com atau DM saja kat iG ni. #semboyanCalling” tulis Syamsul beberapa hari lalu.

Dah settle dengan lelaki sebelum ni, kini Syamsul cari orang lain pula..

Sementara itu, Syamsul tampil dalam hantaran terbaru di Instagram beliau bertemu dengan lelaki terbabit dan perkara tersebut sudah diselesaikan.

Dalam perkongsian itu juga, Syamsul berkata dia kini sedang mencari individu lain untuk berjumpa sambil berkongsi gambar seorang lelaki.

” Budak smalam dah jumpa. Settle.Tq brader2 ayahanda2 bos2 yg tolong.

” Next.. Budak tak cukup umur atas ni ada sapa kenal? Lu sudah mamp#skan bangsa aku bhai…siap cakap s#al lagi?

” Jadi sekarang aku rasa bukan aku je nak dok minum kopi ngan lu, satu Malaya punya Tok Anjang nak berkenalan dengan lu.. jadi untuk kes ni aku serahkan pada mereka.

” Budak baru nak up (BBNU) kat luar sana..tolonglah beradab sikit. Aku pun tak beradab mana, tak baik pun nakal gak kadang-kadang.. tapi bahasa tu agak-agak la bhai..

” Ini sampai ko nak petik bangsa aku dah kenapa? Aduhai. Tahniah lIIuminati habis jiwa anak muda kita skrg. SO SAD” tulis Syamsul

Reaksi warganet

Perkongsian Syamsul telah menarik perhatian warganet termasuk rakan artis yang memberi kata-kata sokong. Tidak kurang yang memintanya bersabar.

” Semoga jumpa jln penyelesaian terbaik dan kepada yg langsi2 di luar sana ambil pengajaran jgn suka kacau org. Ni baru sikit, kalau kena org lain lagi tervk kau..” tulis Anep

” Relax brother.. negara kita ada undang-undang. Sy yakin awk seorang yg profesional.” tulis Zul

” Ambik masa untuk tenangkan hatiii istigfar banyak2 moga dipermudahkan semuanya.” tulis Sam

Untuk rekod Syamsul pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 25 tahun.

Hasil kejayaan bapa beliau diteruskan Syamsul dengan cemerlang menerusi beberapa filem pecah panggung dan digelar The Twenty Million Dollar Man untuk kejayaan filem Mun4fik.

Sehingga 2018, sebanyak 10 filem arahan beliau telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 113.5 juta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:IG Syamsul Yusof/https://www.asiakini.com/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bahasa Tu Agak-Agak Lah, Sampai Kau Nak Petik Bangsa Aku Dah Kenapa? Syamsul Yusof"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*