Bukan Sahaja Muhyiddin Yassin Dan Panglima Atm Yang Mengadap Agong, Ini Antara Yang Turut Kelihatan Berada Di Istana

Kuantan: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Abdul Aziz di Indera Mahkota di sini, selepas dua jam mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini.

Muhyiddin yang dilihat masuk ke istana berkenaan pada 4.40 petang, dilihat kelvar pada 7. 10 malam ini tanpa memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media yang berada di kawasan pintu pagar masuk istana.

Sebelum itu, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang antara yang turut kelihatan memasuki istana.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastlkan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah atau empat Menteri Kanan turut sama mengadap Agong.

Walaubagaimanapun, menerusi gambar yang dikongsi dari laman facebook turut kelihatan beberapa individu penting yang turut sama berada di istana.

Rombongan Perdana Menteri dijadualkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan malam ini.

Muhyiddin yang sebelum ini mempengerusikan mesyvarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya tiba jam 4.40 petang.Wakil media sudah berkumpvl di pintu masuk utama istana sejak jam 3 petang selepas timbul spekblasi Muhyiddin akan mengadap Yang di-Pertuan Agong di sini.

Spekulasi mengenai Perdana Menteri akan mencadangkan pembvbaran Dewan Rakyat dan Darurat Politik kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak k0nflik dalam sidang Parlimen akan datang bertivp kencang selepas berakhirnya mesyuarat khas Kabinet.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:HMetro/FBHaslinaBujang

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Bukan Sahaja Muhyiddin Yassin Dan Panglima Atm Yang Mengadap Agong, Ini Antara Yang Turut Kelihatan Berada Di Istana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*