Fara Hezel Timang Anak Lelaki, Ser0nok Jadi Ibu Muda

DALAM diam rupa-rupanya penyanyi Fara Hezel selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertamanya di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada Ahad lalu.

Fara atau nama sebenar Nurfaraazira Binti Yusri, 24, meluahkan rasa syukur dan teruja kerana diberi kesempatan untuk menjadi seorang ibu di usia muda.

“Alhamdulillah… saya selamat melahirkan putera sulung kami pada Ahad lalu pada pukul 6.05 pagi dengan berat 3.57 kilogram.

Fara dan suami akan kongsi wajah dan nama anaknya selepas tujuh hari dilahirkan.

“Macam-macam perasaan yang saya rasa sekarang antaranya gembira dan pada masa yang sama penat. Tapi bagi saya, yang penting fizikal dan mental perlu kuat.

“Seronok dapat menjadi seorang ibu di usia yang muda tapi macam yang saya cakap, memang memerlukan fizikal dan mental yang kuat,” kata Fara kepada mStar.

Menerusi lapor4n mStar pada 11 April lalu, Fara berkongsi berita gembira bahawa dia sedang hamil tiga bulan.

Bers4lin ketika tempoh PKPB agak sedikit terbatas tapi saya bersyukur semuanya.

FARA HEZEL

PENYANYI

Dalam pada itu, Fara memberitahu dia kini menjalani proses berpantang di kampung halaman suaminya di Terengganu.

Fara yang juga kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini berkata, dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Memang dalam perancangan saya mahu berpantang di Terengganu. Bersalin ketika tempoh PKPB agak sed1kit terbatas tapi saya bersyukur semuanya.

Aiman tidak sabar untuk menziarahi anak buahnya.

“Aiman Tino pun dah tak sabar nak datang Terengganu untuk melawat tapi oleh kerana dia di Kuala Lumpur dan kes Cov1d-19 semakin meningkat, kenalah patuh pada PKPB,” jelasnya.

Sementara itu, Fara akan berkongsi nama dan wajah anaknya dalam masa terdekat kerana dia ingin menghormati keputusan suaminya iaitu Tengku Mohammad Kamal Hisahmuddin.

Fara mendirikan rumah tangga dengan Tengku Mohammad Kamal Hisahmuddin pada 20 Disember tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Fara Hezel Timang Anak Lelaki, Ser0nok Jadi Ibu Muda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*