Lama Diamkan Diri, Adam Corrie Tampil Bvka Mvlut Apa Yang Berlakv Pada Masa Kini

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie Lee mededahkan ada sebab mengapa dirinya kini dilihat jarang aktif di platform media sosial.

Menurut Corrie, dia berasa sangat risau melihat trend masyarakat masa kini yang gemar melontarkan pendapat mereka secara membuta tuli sehingga ada yang sanggup menyebarkan kebencian terhadap orang lain.

“Saya jarang buka media sosial sejak akhir ni. Takut baca cara orang-orang sekarang ini berkomunikasi, memberi pandangan dan sebagainya.Risau bila baca, kita teremosi lalu mengeluarkan kata-kata yang tak elok ataupun terdetik di hati berkata bukan bukan.Sia-sia dapat dosa tanpa kita jangka dan yang boleh dielakkan. Iman kita ini bukan sentiasa di atas. Sentiasa berbolak balik.Risau juga, bila kita ingat nak nasihatkan atau ingatkan orang tapi adab kita salah kerana memalukan / jatuhkan air muka orang lain,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Corrie turut menasihati orang ramai supaya berfikir secara rasional sebelum melakukan apa-apa tindakan.

“Apa yang dalam fikiran dan pandangan kita sahaja betul . Itu lah salah diri kita, melupakan adab dalam berkomunikasi dan bersahabat.Senyum selalu. Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersependapat dengan Corrie dan berharap agar trend seperti ini dapat dielakkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MH & Instagram Adam Corrie Lee

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Lama Diamkan Diri, Adam Corrie Tampil Bvka Mvlut Apa Yang Berlakv Pada Masa Kini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*