Selepas Heboh Tentang Malaysia Akan Darurat,Hari Ini YDP Agong Keluarkan Satu Kenyataan Tentang Apa Yang Bakal Berlakv

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan dikeluarkan Istana Negara, rundingan itu bakal membincangkan dan memperhalusi cadangan dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan daripada sesi menghadap semalam di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang.

Berikutan itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini, sementara menunggu keputusan mengenai cadangan itu.

RAKYAT HARUS BERTENANG

“Seluruh rakyat turut dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugatkan ketenteraman negara yang kita cintai bersama ini,” titah baginda.

Dalam pertemuan berlangsung satu jam setengah, semalam, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat cadangan yang telah dicapai oleh Mesyuarat Khas Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan ampun perkenan Baginda bagi pelaksanaannya.

Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 dan amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini itu.

Untuk itu, Baginda mengulangi titah nasihat kepada rakyat untuk terus memainkan peranan masing-masing dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara amalan kebiasaan baharu dalam membantu pihak berkuasa memerangi Covid-19, demi keselamatan diri serta masyarakat.

Rakyat diseru bersama baginda untuk berdoa semoga Malaysia sentiasa dirahmati dan dilindungi dari segala bentuk ancaman serta penularan Covid-19 dapat dibanteras dengan berkesan dan diakhiri dengan segera.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:HMETRO ONLINE

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Selepas Heboh Tentang Malaysia Akan Darurat,Hari Ini YDP Agong Keluarkan Satu Kenyataan Tentang Apa Yang Bakal Berlakv"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*