‘D4rurat’: Ag0ng Ada 2 Pilihan Lepas Jumpa Raja2 Melayu Esok

Yang di-Pertuan Agong akan mengadakan pertemuan dengan lapan Raja-raja Melayu yang lain esok, di mana kesemua baginda dijangka membincangkan cadangan kabinet untuk mengisytiharkan “d4rurat”, yang dikatakan bagi mengekang C0v1d-19.

Malaysiakini menghubungi beberapa pakar perlembagaan dan undang-undang yang mengatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai sekurang-kurangnya dua pilihan untuk dipvtuskan.

Pilihan Pertama:Terima Cadangan PM

Dua pilihan tersebut adalah Agong boleh menerima cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,

Pilihan Kedua: Nasihat Kabinet

atau untuk pilihan kedua Agong akan menasihati kabinet untuk membuat pilihan lain.

Bagaimanapun, pakar berc4nggah pandangan mengenai sejauh mana kuasa yang ada pada Seri Paduka dalam memutuskan untuk mengisytiharkan d4rurat atau tidak.

Pandangan yang paling popular, adalah Seri Paduka harus mengikut nasihat kerajaan.

“Dalam bacaan saya mengenai Perlembagaan Persekutuan, dan berdasarkan kes Majlis Privy Teh Cheng Poh, Agong harus menerima nasihat perdana menteri,” kata Lim Wei Jiet, seorang peguam yang arif dalam perlembagaan.

Dia merujuk kes pada tahun 1979, di mana seorang lelaki bernama Teh Cheng Poh mencabar kesahihan pengisytiharan Pulau Pinang sebagai wilayah keselamatan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Salah satu keputusan Majlis Privy ketika itu ialah Agong mesti mengikut nasihat eksekutif.

“Mereka (Raja-raja Melayu) tentunya boleh mencadangkan agar perdana menteri memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai penyelesaian alternatif atau istilah d4rurat yang berbeza,” katanya.

Sekiranya kerajaan memberikan lebih daripada satu cadangan, maka Agong boleh memilih salah satu yang menurut baginda adalah yang terbaik, kata Lim.

Fellow peguam perlembagaan New Sin Yew juga berkongsi pandangan yang sama.

“Secara konvensyen, Yang di-Pertuan Agong berhak berunding dengan siapa saja sebelum bertindak atas nasihat. Oleh itu, YDPA boleh meminta persidangan Raja-Raja Melayu untuk tujuan rundingan tersebut.

“Rundingan semacam itu adalah untuk memungkinkan Agong menjalankan peranan ketiga Seri Paduka, bagi mendorong dan memberi peringatan kepada kerajaan.

“Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak – bahkan tugas – untuk menasihati, mend0rong dan memperingatkan kerajaan Seri Paduka.

“Baginda bebas untuk menyatakan pendapatnya mengenai pengisytiharan d4rurat dan mungkin memperingatkan perdana menteri agar tidak melakukannya.

“Bagaimanapun, ini akan menjadi rhsia antara Agong dan perdana menteri,” katanya.

Tambahnya, walaupun Agong boleh memberi nasihat atau peringatan kepada kerajaan, pada akhirnya baginda harus bertindak sesuai dengan nasihat kerajaan seperti yang disyaratkan oleh Artikel 40 Perlembagaan Persekutuan.

“Tetapi tidak semudah itu. (Kerajaan) tidak boleh mengabaikan pengaruh dan kuasa Institusi Diraja kita ketika membuat keputusan kerajaan,” jelasnya.

‘Keputusan terletak di tangan baginda’

Sementara itu peguam Surendra Ananth juga mengemukakan pendapat serupa.

“Walaupun Yang di-Pertuan Agong boleh berbincang dengan Raja-raja Melayu yang lain untuk memberikan maklum balasnya kepada perdana menteri, saya rasa dia tidak dapat menolak nasihat perdana menteri pada akhirnya,” katanya.

Surendra menambah dia percaya bahawa nasihat Perdana Menteri kepada Seri Paduka, bagaimanapun boleh dicabar di mahkamah.

Sementara itu, pakar perlembagaan dan pensyarah undang-undang, Prof madya Shamrahayu A Aziz berkata Agong tidak perlu bertindak segera atas nasihat kabinet.

“Kalau kita ikut prinsip raja berperlembagaan itu sekalipun, raja hendaklah memastikan apa-apa nasihat dibawa kepada baginda itu adalah nasihat yang wajar, yang disertai bukti-bukti, maklumat-maklumat yang wajar untuk baginda bertindak.

“Baginda juga punyai hak untuk meminta maklumat dan beri nasihat kepada kerajaan,” katanya.

Profesor madya dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu menambah Agong boleh meminta kerajaan membentangkan pelan tndakan mereka juga, sebelum bersetuju dengan nasihat tersebut.

Katanya, perisytiharan darurat juga tidak seperti proses menggubal undang-undang, yang boleh dilaksanakan dalam tempoh 30 hari, bahkan tanpa persetujuan Agong.

“Ini tentang kuasa Agong sebagai raja berperlembagaan apabila baginda mahu bertindak atas nasihat,” kata Shamrahayu.

Ketika ditanya apakah Agong memiliki kuasa untuk memutuskan perisytiharan d4rurat, dia berkata: “Itu di tangan baginda”.

Masih belum jelas ruang lingkup atau bentuk perisytiharan “d4rurat” oleh kerajaan selain dilaporkan ia bertujuan untuk memerangi wbak C0v1d-19.

Bagaimanapun terdapat spekulasi bahawa ini merupakan langkah politik untuk mengelakkan Belanjawan 2021 yang akan dibentang kerajaan digagaIkan di Dewan Rakyat bulan depan.

Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin kini hanya memiliki majoriti dua kerusi dan kini diasak oleh Umno dan PKR.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendkwa ramai anggota parlimen daripada parti itu kini menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai menjadi perdana menteri.

Secara berasingan Ahli Parlimen Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mengemukakan usul tidak percaya terhadap perdana menteri

Ku Li: Saya tiada kepentingan peribadi untuk jawatan PM

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempertahankan tntutannya agar parlimen mempercepatkan perbahasan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pemimpin veteran Umno itu berkata, dia tidak bertindak demikian atas kepentingan peribadi untuk mendapatkan jawatan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, ahli politik veteran itu merujuk suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun bagi mendes4k parlimen membahaskan usul yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Inisiatif saya ini tidak boleh dianggap untuk diri sendiri atau mempunyai kepentingan peribadi terhadap jawatan perdana menteri,” katanya sambil menegaskan langkah itu dilakukan bagi menegakkan prinsip sistem parlimen.

Katanya, dia mempunyai alasan untuk meyakini bahawa Muhyiddin dan kabinetnya sudah hilang keabsahan kerana tidak lagi mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Tengku Razleigh atau lebih popular dengan gelaran Ku Li itu berkata dia terkejut apabila mendengar kabinet mencadangkan pengiytiharan d4rurat.

“Saya kcewa dan terkjut apabila perdana menteri (dengan sokongan kabinetnya) sedang meminta perkenan YDPA untuk mengisytiharkan d4rurat, dan dipercayai (untuk) meletakkan dirinya sebagai pentadbir kerajaan dalam d4rurat yang mempunyai kuasa yang besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mkini via tsgt

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘D4rurat’: Ag0ng Ada 2 Pilihan Lepas Jumpa Raja2 Melayu Esok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*