Daus Eli (AF 8) Dedah Kisah Percer@ian Dalm MV ‘Takdir Kita’ “Saya Bvkan Suka-Suka Nak Bercer4i”

Penyanyi yang juga bekas perserta program realiti Akademi Fantasia (AF) 8, Daus Eli mengabadikan kisah dan perjalanan hidupnya menerusi lagu ‘Takdir Kita’.

Daus sebelum ini didakwa menceraikan isteri ketika masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga mereka.

Enggan terus membiarkan perkara itu bersarang di minda, Daus paparkan kisah perceraiannya dalam persembahan video muzik (MV) Takdir Kita yang dilancarkan secara rasmi di saluran YouTube Nova Music Videos, Jumaat lalu.

“Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu kepada masyarakat dan netizen, saya bukan suka-suka nak bercerai.

“Walaupun ia kisah benar kehidupan saya, tapi tidak sepenuhnya dipaparkan. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain,” katanya.

“Sejujurnya, idea MV ini daripada saya sendiri. Tapi, saya bersama pasukan daripada pihak pengurusan Nova Music berbincang untuk menambah baik apa yang perlu supaya MV ini lebih menarik,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=Rak5eooJOHw&feature=emb_title

Seperkara yang tidak boleh dinafikan Daus adalah, dia mengakui sebak sekali gus mengimbau kenangan lama ketika penggambaran dibuat.

“Apabila buat MV ini, memang terasa sebak kerana ia mengembalikan memori lama. Tapi saya cuba tahan perasaan sebab tak boleh nak terlalu terbawa-bawa. Saya masih boleh kawal.

“Saya cuma fikir, apa yang dipaparkan dalam MV ini bukan mengenai saya semata-mata tapi, pasti ada orang lain pernah melalui pengalaman sama. Ibaratnya saya mewakili perasaan mereka dengan menceritakan kisah mereka dalam MV ini.

“Walaupun tidak meraung, tapi nampak kesedihan dilalui dalam babak yang dilakonkan dalam MV ini,” katanya.

Ditanya tidakkah dia bimbang jika dikatakan masih belum ‘move on’ sebab memaparkan kisah peribadi dalam MV, Daus ada jawapan tersendiri.

“Sebenarnya, saya sudah lama ‘move on’. Namun, apabila saya perdengarkan lagu ini pada pihak pengurusan, mereka berminat untuk keluarkan.

“Alasan utama, lagu ini lebih matang dan kena dengan peredaran muzik semasa. Ditambah pula lagu ini ada kaitan dengan kehidupan diri saya sendiri.

“Disebabkan itu, MV ini pun mengisahkan tentang kehidupan saya. Jalan cerita adalah kisah benar berdasarkan lagu. Kiranya, dalam MV ini memaparkan peristiwa awal perkahwinan sehingga bercerai,” katanya.

Takdir Kita terbitan dan edaran Nova Music Malaysia dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer, pada 28 Ogos lalu.

Serentak dengan itu, video muzik lirik Takdir Kita juga boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Daus Eli (AF 8) Dedah Kisah Percer@ian Dalm MV ‘Takdir Kita’ “Saya Bvkan Suka-Suka Nak Bercer4i”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*