“Tak Perlu Pakai Macam Pelacvr Untuk Reviu Produk” Zarina Anjoulie Tempel@k Influencer Mana Tu?

Pelakon Zarina Anjoulie menempelak segelintir personaliti media sosial yang memakai pakaian menjolok mata demi melariskan produk yang direviu.

Kata Zarina atau lebih popular dengan panggilan Anju, tiada guna untuk menarik perhatian netizen dengan berpakaian tidak senonoh walhal produk yang ingin dijual tidak mendapat sambutan.

“Ada beberapa org cakap aku pakai selekeh ketika reviu. Untuk akulah orang bayar aku untuk lakukan produk mereka. Influencer lain kebanyakannya tak berbaloi sebab menayang. Habuk pun tarak, jadi motif kau pakai macam GRO tapi jualan tak banyak?

“Kau pakai seksi kau kena hina. Orang bayar bukan untuk kau lacurkan badan atau dikecam,” tegasnya.


Kata Anju dia selesa dengan imej terkininya yang tidak bersolek atau mengenakan pakaian seksi untuk membuat reviu produk pelanggannya.

“Saya di kampung, saya banyak kerja. Pergi pasar, kejar ayam dan malas nak tukar baju. Pemilik produk membayar saya untuk menjual barang mereka, bukan untuk pakai macam pelacur untuk lariskan barang mereka. Tak ada gunanya!


“Mereka tak kisah kalau saya pakai plastik sampah sekali pun asalkan barang laku. Sebab itulah kontrak saya dapat disambung, sebab saya real,” tambahnya.


Dedah Anju, suaminya juga pernah menyatakan hasrat untuk melihatnya bertudung semula.

“Saya ada suami, dia nak saya pakai tudung, berjubah… Tapi belum sampai waktunya. Selagi boleh tutup saya tutup. Saya jenis orang yang ringkas dan tak pandai nak bergaya. Sebab itu juga suami saya suruh pakai kemeja-T besar kalau di rumah,” kata Anju.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Perlu Pakai Macam Pelacvr Untuk Reviu Produk” Zarina Anjoulie Tempel@k Influencer Mana Tu?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*