“The Best Part Tengok Husband Tolong Jaga Anak Dan Kemas Rumah” Tiada Pembantu, Betty Rahmad Ada Rutin Baru

Tentunya agak sukar tanpa bantuan bila punya anak kecil, dan pada masa yang sama ibu serta ayah perlu bekerja. Tanpa pembantu, pastinya agak payah.

Itu yang dirasai oleh pelakon dan usahawan Betty Rahmad dan suami apabila sudah beberapa minggu tanpa pembantu rumah, tetapi mereka tetap melakukan yang terbaik untuk anak mereka.

“My world, my bestfriends, my everything. Alhamdulillah setelah beberapa minggu maidless, dah ada rutin baru dalam hidup kami. And we loving it.

“Nasib baik lah sebelum ni saya bukan lepas tangan sepenuhnya pada helper. Menu makan wira, timetable wira, lauk pauk mummy daddy dan kerja rumah saya dah ajar dan tetapkan. So takde lah gelabah,” tulis Betty pada satu entri di Instagram miliknya.

Malah menurut Betty, bukan setakat rutin baru tetapi juga dia sangat seronok melihat sikap suaminya yang turut membantu menjaga anak dan mengemas rumah.

“The best part bila tengok husband tolong jaga anak & kemas rumah. Alhamdulillah syukur dapat partner yang sangat membantu.

“We’re good its just mummy tak boleh nak focus kerja. Doakan dapat nanny yang boleh layan @ardywira_ main,” tulis Betty yang berharap mendapat pembantu rumah untuk membolehkan mereka lebih fokus kepada kerja.

Betty dan Ardy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ardy Wira.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“The Best Part Tengok Husband Tolong Jaga Anak Dan Kemas Rumah” Tiada Pembantu, Betty Rahmad Ada Rutin Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*