Pasangan Ini Tekad Nak Sama-Sama Kurus, Amalkan 6 Tips Ini Hilang 55-70kg

Bukan senang nak mulakan perjalanan baru tambah-tambah lagi melibatkan berat badan. Ya, hampir semua orang pernah kecewa untuk turunkan berat badan. Tetapi sampai bila? Dah la sukar untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuklah melakukan amal ibadat.

Kan seronok kalau ada peneman untuk sama-sama turunkan berat badan? Ada baiknya kalau suami atau isteri ikut sekali diet, barulah pasangan kita ada semangat dan lebih seronok.

KIsah inspirasi ini bermula daripada Noorul Izzah Marzuki yang berkongsi cerita bersama SK di laman Facebooknya. Dalam tempoh dua tahun, pasangan ini berjaya tukar saiz badan mereka daripada 5xl kepada saiz M dan S. Woww, menarik kan?

Bukan mudah untuk capai kejayaan seperti ini tambahan pula mereka ini penggemar kepada makanan. Pelbagai dugaan yang mereka hadapi sehinggakan berjaya menurunkan berat badan, apa yang menarik dalam kisah ini, koang boleh lihat sendiri perbezaan wajah mereka dahulu dan sekarang.

Tarikh permulaan sama-sama berjalan, brisk walk & slow jog kat taman.. 21/10/2018 – 21/10/2020. Genap 2 tahun dah sejak mula berjalan, jogging sampailah berlari dan berlari naik bukit yang dulu tak pernah terpikir pun boleh buat.. hinggalah ke hari ini.. dan sampai bebila inshaAllah. Jom lari sampai kurus. Yang penting sihat bersama Alhamdulillah.

“Paling penting ialah ubah gaya hidup. Kami nak berubah jadi sihat since peny4kit berisiko tinggi”.

Paling penting ialah ubah gaya hidup. Kami berdua memang dalam kategori obes sejak muda lagi, sejak zaman sekolah, sehinggalah berkahwin dan sehinggalah kami tekad untuk berubah setelah penat cuba pelbagai cara, kami nak berubah jadi sihat since peny4kit berisik0 tinggi e.g dar4h tinggi dan di4betis dah mula menjengah.

Asalnya suami saya sasarkan sihatkan badan untuk turunkan berat. Beliau ada kncing manis dan darh tinggi. Kini sudah setahun berhenti ubatan setelah disarankan doktor. Jadi kena sihatkan badan dulu, berat pun menyusul turun selepas itu.

Secara ringkas tipsnya:

1. Intermittent Fasting (IF)

Kata wanita ini, diet IF ini sangat mudah dan salah satu cara terbaik untuk kekal sihat sebab korang takkan ‘che4t’ ketika berpuasa.

2. One meal A Day (OMAD)

Bila dah selesa buat IF 23:1, kami buat OMAD (One Meal A Day), since tak mampu nak makan banyak pun dalam tempoh 1 jam eating window tu. Kami amalkan self-control bila makan: less carbs, no sugar (almost Keto).

3. Exercise / jogging

Dapatkan sekurang-kurangnya 10,000 langkah, setiap hari. Kami akan peruntukkan waktu untuk jogging setiap hari selepas balik kerja sekurang-kurangnya 40minit sehingga sejam. Di hari cuti kami akan habiskan masa antara 1-2jam untuk jogging/berlari.

Selain itu ada juga buat light weightlifting & aktiviti fizikal HIIT yang lain.

4. Cukupkan tidur

Cukupkan tidur, sekurang-kurangnya 6-7 jam. –

5. Doa dan sabar

6. Stay positive, never give up dan jangan stress

Alhamdulillah setelah amalkan IF (Intermittent Fasting) sejak hujung tahun 2018, then start record dan track IF menerusi apps Zero bermula Januari 2019, nampak perubahan juga akhirnya. Sebelum ni dah cuba pelbagai jenis diet yang ada, nampaknya IF, digabung dengan OMAD (One Meal A Day) juga yang berkesan pada kami.

Hampir setiap hari buat IF, paling lama ialah 72 jam …

Di samping itu kami cuba ikut Keto diet walaupun tak mampu nak 100% sepenuhnya. Contoh menu harian kami: telur, sayuran, buah-buahan yang tidak manis (jambu batu), sup daging, sup ayam, sup sayur, keju, kekacang dan lain-lain. Tapi masih ada cheatmeal/cheatday.

Hampir setiap hari buat IF, paling lama ialah 72jam (yang ni saya buat sekali dalam 1 atau 2 bulan). Minimum kami buat 18:6 dan selalunya melebihi 20jam. Bila buat OMAD, technically kami buat IF 23:1. Kami berbuka puasa hanya selepas jogging/exercise; cara paling cepat untuk membakar lemak. Alhamdulillah.

Total weight loss saya: 55kg (4xl to M/S)

Total weight loss suami: 70kg (5xl to M)

Saya: dari 130kg kepada 75kg

Suami: dari 160kg kepada 90kg (rasanya dulu pernah capai 200kg tapi tak tertimbang masa tu)

Sejak amalkan IF ini, kami juga sentiasa pastikan keadaan kami sihat dengan buat medic4l checkup hampir setiap bulan. Bl00d sugar tracking dan periksa tekanan darah setiap hari serta buat HbA1c test setiap 3 bulan. Alhamdulillah semua result semakin baik dan harap berterusan baik, inshaAllah.

“Suami merupakan inspirasi utama buat dirinya…” 

Sumber inspirasi utama saya ialah suami saya Yoy Khairuddin Ahmad pendorong utama saya, coach, penasihat, pembak4r semangat, dia paling rajin study semua fakta dan research, selalu heret saya bila ada hari saya malas nak jogging selalu bagi ceramah yang membuatkan saya tersedar dari lamunan.

Tapi perlu diingatkan, kejayaan dan keberkesanan adalah bergantung kepada diri masing-masing.. mungkin sesuai pada saya, tidak sesuai pada diri yang lain.. penurunan berat bergantung kepada banyak faktor: metabolisme, umur, jantina, diet/pemakanan, aktiviti fizikal, disiplin, tahap kesihatan, hormon, penyakit sedia ada dan banyak lagi. Begitu juga semuanya dengan keizinan Allah. So kesannya sangatlah subjektif dan berbeza bagi setiap orang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Noorul Izzah Marzuki via SK

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pasangan Ini Tekad Nak Sama-Sama Kurus, Amalkan 6 Tips Ini Hilang 55-70kg"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*