Siti Nordiana Ada S1kap Wanlta Kampung, Aura ‘Mak-Mak’-Pvnca Ramai Lelaki Muda Tertarik?

Sikap wanita kampung dan aura ‘mak-mak’ yang dimilikanya menjadi sebab Siti Nordiana mudah menjadi tarikan selebriti lelaki yang lebih muda.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana pernah dikaitkan mesra dan rapat dengan lelaki muda seperti Khai Bahar, Fikry Ibrahim dan Syafiq Farhain.

Namun Nana kata hubungan rapat yang terjalin adalah sekadar rakan satu bidang kerjaya berikutan mudah berkongsi pandangan terhadap industri seni.

“Dari faktor usia, memang saya berusia daripada mereka. Status pula, saya pun seorang ibu, jadi wajarlah ada sifat ‘mak mak’ itu. Malah, saya juga memang berasal dari kampung, termasuk pernah mendapat gelaran ‘penyanyi kampung’. Tapi, taklah sampai saya mampu jadi tarikan lelaki muda.

“Pada saya, kami semua bersahabat. Tak salah pun jalinkan hubungan baik dan mesra dengan ramai orang. Saya sendiri sudah ada pengalaman ketika nama berada di puncak, kemudian jatuh dan sekarang mendapat sokongan peminat semula.

 

View this post on Instagram

 

Jangan pernah mengalah πŸ’ͺ🏿

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

 

View this post on Instagram

 

Pc #abpbh33 ❀️ #sitinordiana @sitinordianafc . Stylist @yumimarina Makeup @palyshamzah

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“Jadi, dengan pengalaman ini saya sedia berkongsi dengan sesiapa saja selebriti tidak kira lelaki atau wanita jika mereka mahukan pandangan. Bagi saya, wajar bersahabat untuk berkongsi kebaikan,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya jika dia rapat dengan mana-mana rakan artis, bukanlah niatnya untuk menumpang populariti mereka.

 

View this post on Instagram

 

Ada lagi gambar rupanya 😝 With hero hindustan tau! International sgt πŸ˜‚ @fikryibrahim #ratuhijabista

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“Pada saya, peminat atau orang ramai berhak menyokong dan memilih selebriti yang diminati. Malah, sikap baik saya pada selebriti lelaki muda ini bukan berbaur peribadi atau nak mencari jodoh. Untuk saya, cukup sekadar saling menyokong sebagai rakan sesama selebriti. Lagipun jodoh itu rahsia Allah.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Siti Nordiana Ada S1kap Wanlta Kampung, Aura ‘Mak-Mak’-Pvnca Ramai Lelaki Muda Tertarik?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*