3 Kali Tanggvh N4ik Pelamin, Usia Kandvngan Eka Sharif Dah 3 Bulan, Tahniah!

Penyanyi Eka Sharif mem4klumkan bahawa dia kini sudah berbadan dua biarpun belum sempat mengadakan majlis resepsi perkahwinannya.

Berita gembira itu dikongsikan bintang Akademi Fantasia Musim ke-9 tersebut menerusi satu posting di Instagram yang turut memaparkan imej terbaharu dirinya dengan ‘baby bump’.

“PKPB dilanjutkan lagi?! Ini kali ke-3 Eka t4ngguhkan majlis. Mungkin ini yang terbaik.

“Lagipun buat reviu dalam rumah ini pun dah tak larat. Inikan pula nak berjalan. Tak apalah kita duduk di rumah je eh, #3months,” tulis pemilik nama sebenar Nur Atiqah Shariffudin, 31, itu.

Gempak cuba menghubungi Eka, namun sehingga artikel ini ditulis, kiriman mesej dan panggilan telefon masih belum berjawab.

Di ruangan komen, Eka turut mengucapkan terima kasih atas segala ucapan yang diterimanya mengenai kehamilannya itu.

Sementara itu, kata Eka, dia akan tetap terus melakukan majlis resepsi berikutan segala pembayaran sudah selesai dibuat.

“Dah buat bayaran penuh dah untuk majlis. Nak tak nak kena buat juga.

“Kervgian pun dah beribu-riban dah ni. Nangis keredaan je lah sekarang ni,” jelasnya kepada pengikut di ruangan komen.

Kata Eka, dia juga akvr apabila segala perancangannya untuk mengadakan majlis berdepan dugaan.

“Kita tiga kali buat kad, tiga kali buat jemputan, ini tiga kali nak kena beritahu orang balik tak jadi buat. Ini semua gara-gara Covid-19,” luahnya kepada salah seorang warganet.

 

View this post on Instagram

 

hey…

A post shared by 🎀 Eka Sharif 🎀 (@ekasharif) on

Eka mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Nazrulnazim Abdul Jabar, 33.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "3 Kali Tanggvh N4ik Pelamin, Usia Kandvngan Eka Sharif Dah 3 Bulan, Tahniah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*