M4ngsa B0dy Shamlng Seluruh Dvnia Jadi Pakar Motivasi

Jika diberi pilihan, semua orang mahu kelihatan sempurna mental dan fizikal. Tiada seorang pun di dunia ini mahu dilahirkan cacat, mahupun ditimpa sebarang penyakit.

Namun, apalah daya kita. Lihat sahaja gambar wanita ini, pastinya terbayang di fikiran anda mengenai meme yang sehingga kini masih berlegar di media sosial.

Gambar beliau dengan posisi bersandar di pokok, menjadi meme yang tular di seluruh dunia dengan kapsyen “(Nama lelaki) kata, dia akan bertemu saya di sebalik pokok ini. Boleh tag beliau dan beritahu saya masih menunggunya?”

Kredit foto: Google

Elizabeth Ann Velasque (1989) atau lebih dikenali sebagai Lizzie Velasque merupakan penghidap masalah genetik, sindrom Marfanoid-Progeroid-Lipodystrophy yang berpunca akibat mutasi pada gen GBN1 yang merekodkan protein fibrillin diperlukan tubuh untuk membina tisu penyambung dihasilkan dengan tidak sempurna.

Ia menyebabkan pesakit mempunyai pelbagai masalah kesihatan di seluruh tubuh mereka, namun bahagian yang selalunya terjejas adalah salur darah utama dari jantung, ligamen dan tisu yang menyokong kornea mata.

Kredit foto: Google

Maka, Lizzie bermasalah untuk menambah lemak dan meningkatkan berat badan selain memiliki muka yang kurang sempurna sehingga mendapat gelaran individu paling hodoh di dunia dalam satu video dimuat naik di YouTube pada 2006.

Dengan berat cuma 26.3kg dan ketinggian sekitar 160cm, di dunia ini termasuk Lizzie hanya ada tiga individu sahaja menghidap penyakit sepertinya.

Walau bagaimanapun, penyakit itu tidak menghalang Lizzie yang kini bekerja sebagai pakar motivasi dan penulis secara terbuka membincangkan mengenai masalahnya di khalayak ramai serta memberi kesedaran mengenai penyakitnya dan gejala buli dalam kalangan masyarakat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "M4ngsa B0dy Shamlng Seluruh Dvnia Jadi Pakar Motivasi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*