Tidak Isytihar Darurat: Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia

Plaintif Syed Iskandar Syed Jaafar, melalui firma guaman Tetuan Kengadharan & Co, memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Kerajaan Malaysia sebagai defendan tunggal dalam tindakan undang-undang terbabit.

Difahamkan, plaintif yang juga seorang peguam memfailkan tindakan undang-undang berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk tidak menerima cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat, lap0r Malaysiakini.

Antara alasan plaintif memulakan saman ini adalah bagi menentukan sama ada Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun perdana menteri menasihatkan sebaliknya berdasarkan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut salinan afidavit, dengan hormatnya, keengganan Agong bertindak atas nasihat perdana menteri mengakibatkan Raja menjalankan fungsinya dengan cara yang tidak sesuai dengan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.

Syed Iskandar juga meminta mahkmah untuk menentukan kedudukan sah suatu pindaan terhadap Artikel 150, yang mela.rang mahkmah mendengar tindakan undang-undang berhubung dengan isu pengisytiharan darurat.

Plaintif juga menud0h bahawa pindaan Artikel 150 telah meminggirkan kuasa semakan kehakiman yang merupakan sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan Persekutuan dan dianggap sebagai tidak berperlembagaan dan dengan itu batal serta tidak sah.

Di dalam surat sebab samannya, plaintif menyatakan bahawa ini merupakan litigasi kepentingan awam bagi menegakkan Perlembagaan Persekutan, “Saya benar-benar percaya bahawa penentuan mengenai pertanyaan-pertanyaan di atas oleh mahkmah terhormat ini penting untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ahad lalu, Agong berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia dan merasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wa.bak ini dengan baik dan berkesan.

Permoh0nan pengisytiharan darurat sebelum ini telah dipersembahkan oleh Perdana Menteri di majlis menghadap di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu (23 Oktober, 2020).

Permoh0nan tersebut ialah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi anca.man wa.bak C0VID-19 di negara ini.

Artikel 40, Artikel 150 dan pindaan Artikel 150

Artikel 40 membahaskan tentang perlunya Agong bertindak sesuai dengan nasihat kabinet atau menteri yang bertindak di bawah kekuasaan umum kabinet.

Artikel 150 membahaskan tentang kuasa Agong untuk mengeluarkan pengisytiharan darurat di mana terdapat situasi di mana keselamatan, ekonomi, atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya teran.cam.

Pindaan Artikel 150 (8) menyatakan bahawa tidak ada mahkmah yang memiliki kuasa untuk memenuhi atau menentukan permonan, pertanyaan atau proses apa pun, dalam bentuk apa pun, dengan alasan apa pun, mengenai kesahihan pengisytiharan darurat. – Sumber dipetik dari The v0cket, Malaysiakini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:The v0cket, Malaysiakini

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tidak Isytihar Darurat: Peguam Fail Saman Terhadap Kerajaan Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*