Tiga Minggu Tak Solat Jumaat, Alif Satar Gembira Dapat Kad Jemputan Dari Masjid

Memuat naik perkongsian mengenai perkara sunat pada hari Jumaat, Alif Satar memaklumkan sudah tiga minggu dia tidak dapat menunaikan solat Jumaat susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menerusi perkongsian itu, Alif turut berpesan kepada mereka Muslim di luar sana melakukan amalan untuk menambah pahala pada setiap hari Jumaat antaranya berselawat, memotong kuku dan membaca surah Al-Kahfi.

“Dah tiga minggu tak pergi Solat Jumaat, tapi walaupun tak pergi, boleh buat benda sunat untuk score ‘point’ pahala jumaat.

“Potong kuku, baca surah Al-Kahfi, banyakkan selawat dari hari-hari biasa, bersedekah dan macam-macam lagi. Kita buat sama-sama, semoga diterima segala amalan kita guys!” tulisnya.

Namun, dalam satu perkongsian terbaru, Alif berkongsikan berita gembira apabila dia menerima kad jemputan untuk solat berjemaah dan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sepanjang tempoh PKPB.

Meluahkan rasa syukur apabila menerima kad jemputan berkenaan, Alif berharap dia akan mendapat jemputan ke Tanah Suci pula tahun hadapan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tiga Minggu Tak Solat Jumaat, Alif Satar Gembira Dapat Kad Jemputan Dari Masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*