“Saya Antara 0rang Yang Gembira Dan Tidak Menghormati Neelofa…”

Di sebalik kegembiraan mendengar berita usahawan, Neelofa telah sah dirisik pendakwah bebas PU Riz, ada pula pertengkaran di kalangan netizen berlaku di laman sosial. Hal ini bermula selepas salah seorang pengguna twitter telah memuatnaik tweet mengungkit mengenai bekas kekasih PU Riz iaitu Amal.

Tak pasal-pasal, individu ini diser4ng netizen dan berlakunya perg4duhan sehingga nama Amal trending di twitter.

Bekas Kekasih Teranaiya?

Dalam tweet tersebut, individu ini menyebut bahawa dia merasa sedih bagi pihak Amal dan menganggap bekas kekasih PU Riz itu teranaiya.

“Saya antara orang yang gembira dan tidak menghormati Neelofa pada masa yang sama. Saya dapat merasakan kesedihan Amal. Pu Riz harus setia dengan hubungannya. Semoga Amal mendapat rezeki yang lebih baik dalam hidup. Orang teraniaya dek janji dimungkiri, rezekinya semakin terbuka.”- tulisnya di Twitter.

Jodoh Bukan Kat Tangan Manusia

Kenyataan individu ini menyebut Amal dian4iya tidak disambut baik oleh netizen. Ramai yang menegur individu ini supaya percaya kepada jodoh dan ketentuan Allah.

Sementara itu, tak kurang juga yang menyokong kenyataan individu ini dan mend4kwa hubungan selama 5 tahun, PU Riz dan bekas kekasih, Amal tidak sepatutnya putus begitu saja.

Dipetik dari Beautifulnara, sebelum ini Amal atau nama penuhnya Amal Syahmina telah memuat kenyataan tentang hubungan dengan bekas kekasih dikatakan mula retak dan tidak lagi mesra seperti sebelum ini apabila hadirnya orang ketiga.

Malah, turut menegaskan bahawa sebolehnya mahu terus memulakan kehidupan baru tanpa terus dibayangi kisah silamnya dengan bekas kekasih.

Bakal imam Neelofa, kenali siapa PU Riz

SEMALAM, selebriti dan usahawan ternama, Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana.

Majlis yang berlangsung di kediaman keluarga ahli perniagaan terkenal itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.

Alhamdulillah dan tahniah! Difahamkan, Neelofa dan PU Riz bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Berikut sedikit info mengenai PU Riz, bakal imam Neelofa.

PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016. Beliau juga seorang pendakwah bebas serta pelakon.

Biodata PU Riz

1. Nama penuh, Muhammad Haris Mohd Ismail.

2. Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail.

3. Kelahiran negeri Selangor.

4. Berusia 25 tahun (lahir pada tahun 1995).

5. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

6. Pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

 

7. Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

8. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim ke empat pada 2016.

9. Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSl Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

10. Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.

12. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas peperangan yang berlaku di sana.

13. Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu.

14. Gemar bermain futsal.

15. Instagram miliknya yang menggunakan nama @hrisbismail sehingga kini mengumpul lebih 136 ribu pengikut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Murai

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Antara 0rang Yang Gembira Dan Tidak Menghormati Neelofa…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*