SOP Deepavali Diumum Minggu Ini – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan Tatacara Operasi Standard (SOP) untuk perayaan Deepavali akan diumumkan pada minggu ini.

Menurut Ismail, penilaian secara terperinci akan dilakukan berdasarkan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN).

“Jumaat lepas kita dah bentang draf pertama SOP untuk Deepavali. Cuma kita perlu membuat detail lagi penilaian berdasarkan pandangan KKM dan MKN.


“Saya percaya dalam sehari dua lagi kita dapat umumkan. Saya tahu ramai nak balik kampung.

“Saya percaya minggu ini diumumkan kerana Deepavali akan dilangsungkan pada 14 November. Dah tak lama, lagi 12 hari,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media yang disiarkan secara live di Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia semalam.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini sedang menjalani tempoh PKPB selepas dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 9 November.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "SOP Deepavali Diumum Minggu Ini – Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*