“Memadai Andai Kami Dapat Berhubung Untuk…,” Anzalna Pasang Niat Murni, Mahu Bantu Keluarga Allahy4rham Nur Surya

Pelakon Anzalna Nasir mengakui terkesan dengan berita pembvn0han seorang remaja, Siti Nur Surya Ismail di Kampung Lubok Batu, Telemong, Terengganu pada Isnin.

Tidah mahu mengulas lanjut mengenai kejadian yang berlaku kerana ia masih dalam si4satan pihak berkuasa, Anzalna, 32, bagaimanapun terpanggil untuk berkongsi rezeki, membantu keluarga m4ngsa.

Malah, perkara tersebut turut dinyatakan ibu kepada seorang cahaya mata ini menerusi satu status di Insta Stories miliknya.

Ketika dihubungi, Anzalna menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengikutnya yang turut sama-sama membantu bagi mengesan keluarga arwh.

“Saya ada terima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakat ini masih belum dapat nombor yang betul-betul sahih untuk dihubungi atau berurusan.

“Terima kasih atas ikhtiar semua. Semoga keluarga arwh kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semuanya dipermudahkan” katanya sambil merakamkan ucapan takziah.

Ditanya apa yang membuatkan dirinya terpanggil untuk tampil menghulurkan sumbangan, Anzalna mengakui niatnya hanyalah untuk meringankan beban, khasnya buat ibu arwh.

“Saya difahamkan ibunya, Zaini Musa turut menghidap k4nser dan jujurnya, apabila terbaca mengenai ins1den yang berlaku, saya rasa sayu.

“Apa yang kita akan rasa andai kita ditimpa musib4h dan ini adalah ujian yang sangat berat bagi keluarga arwh. Jadi saya berbincang dengan suami dan dia turut terbuka dengan niat ini.

“Benar dalam situasi sekarang tidak mungkin saya boleh bertemu atau ke kediaman keluarga m4ngsa.

“Tetapi memadai andai kami dapat berhubung untuk sekurang-kurangnya membantu keluarganya, terutama ibu Allahyrham,” jelas Anzalna.

Anzalna sebelum ini sinonom dengan kerja amal, sama-sama membantu keluarga dalam kesempitan, termasuk kanak-kanak yang menghidap k4nser sejak 2014 lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MH via obulan

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Memadai Andai Kami Dapat Berhubung Untuk…,” Anzalna Pasang Niat Murni, Mahu Bantu Keluarga Allahy4rham Nur Surya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*