Nuha Bahrin Mengakv S4lah R0sakkan Lagu Jamal Abdillah, Tapi Tak Fikir Nak ‘Stop’ Menyanyi “Memang Betul Saya Melebih-Lebih

PENYANYI baharu Nuha Bahrin mengakui ‘berlebih-lebih’ ketika menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah ketika program Vokal Mania pada malam Sabtu lalu.

Kata Nuha, kesilapan itu berpunca daripada dirinya sendiri tanpa menyalahkan mana-mana pihak termasuk mereka yang bertanggungjawab melakukan susunan semula lagu berkenaan.

“Saya terima semua kecaman dan komen negatif daripada netizen. Saya anggap itu sebagai pengajaran buat saya untuk jadi lebih baik dan bukan untuk menjatuhkan saya.

“Saya mengaku persembahan pada malam itu bukan yang terbaik daripada saya,” katanya kepada mStar.


Sumber: Mstar

Penonton T4k Puas Hatii suara macam ni boleh menang

Pendatang baru industri muzik, Nuha Bahrin  menerima reaksi pelbagai di kalangan wargamaya di laman Instagram (IG)

miliknya sejurus membuat persembahan di program hiburan, Vokal Mania pada Sabtu.

Dalam saingan episod kedua, Nuha yang merupakan salah seorang daripada 24 penyanyi amatur (dikenali sebagai rookie)

membuat persembahan solo dengan lagu Kekasih Awal & Akhir yang dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Di Matamu (Sufian Suhaimi) dalam pusingan duet bersama Tomok.

Bagaimanapun, nyanyian bintang muda ini mendapat kritikan kebanyakan netizen yang rata-ratanya menyifatkan ia dibawa kurang kemas oleh penyanyi terbabit.

Lihat Video di Bawah Sekali

Pun demikian, masih ada yang turut memberikan kata-kata semangat buat Nuha dan meminta agar penyanyi berkenaan untuk membuat persembahan lebih baik selepas ini.

Terdahulu, Vokal Mania menyaksikan 24 orang penyanyi amatur bertanding dengan empat penyanyi profesional (dikenali Idol) yang berpengalaman iaitu Tomok, Indah Ruhaila, Aina Abdul dan Lan Solo.

Setiap persembahan penyanyi sama ada profesional dan amatur akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Pada masa sama, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dan peratusan undian adalah 70 peratus undian awam dan 30 peratus lagi, juri tetap.

Anugerah tersebut berjaya disandang Nuha minggu ini.

Semua Rookie pula akan dibahagikan kepada enam episod, yang mana memperlihatkan seramai empat orang Rookie akan membuat persembahan di setiap episod.

Ini untuk berentap dengan empat Idol dipilih secara solo dan duet bagi mengumpul mata.

Dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Azira Shafinaz selaku hos bersama, kesemua mereka bertanding untuk memenangi wang tunai terkumpul sebanyak RM80,000.

Vokal Mania bersiaran secara langsung di TV3 bermula 24 Oktober lalu setiap Sabtu, jam 9 malam.

.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MH via citerMaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Nuha Bahrin Mengakv S4lah R0sakkan Lagu Jamal Abdillah, Tapi Tak Fikir Nak ‘Stop’ Menyanyi “Memang Betul Saya Melebih-Lebih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*