Tegas Dlm Bercinta, Suka Lelaki Berjanggut. Kakak K0ngsi Ciri2 Lelaki Idaman Neelofa

Semalam Harian Metro melaporkan Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendkwah, PU Riz atau nama sebenarnya Hariz Ismail dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.

3 Ciri-ciri lelaki idaman Neelofa

Neelofa seorang yang tegas ketika bercinta, idamkan lelaki yang boleh membawanya ke syurga selain berjanggut dan boleh memberi tazkirah setiap malam Jumaat.

Perkara ini dided4hkan kakaknya, Noornabila bersama rakan mereka, Rosix dalam video Q and A time with Rosix, Bella & Lofa di saluran YouTube Rosix & Bella yang dimuat naik, hari ini.

Noornabila memberikan jawapan itu menerusi soalan ‘Cuba korang describe each other?’

“Lofa sangat komited, bekerja ker4s dan tegas. Tak tahu masak, tapi sekarang dah tahu. Dalam keluarga, dia bukan paling bersih, dia tidak menang ‘award’ itu. Dia juga sangat sayang anak-anak saudaranya,” katanya yang turut mengatakan Neelofa seorang yang berpendirian jika bercinta.

Menerusi video sama juga, Rosix berkata, pengacara Next To Neelofa itu seorang yang menepati waktu dan berpegang kepada kata-kata.

“Dia sangat bekerja keras. Mana dia dapat tenaga itu pun tak tahu. Dia bangun awal, tepati masa dan berpegang pada kata-kata. Kalau dia kata itu, itu lah. Pendek kata ‘strict’ (tegas). Dia boleh nampak apa nak buat pada masa depan. Dia tak kelakar, tapi dia memberi dan sangat memberi sokongan,” katanya.

Terdahulu, kisah Neelofa kembali mencvri perhatian apabila sudah dirisik oleh pendkwah bebas dan pelakon, PU Riz, Ahad lalu.

Perhubungan pasangan itu mulai menjadi sor0tan warganet sejak beberapa bulan lalu sehinggalah tindakan Noornabila yang meletakkan emoji ‘love’ pada gambar Neelofa dan PU Riz pada majlis perkhwinan adik mereka menimbulkan persoalan ramai.

Neelofa Terharu

KUALA Lumpur: “Video ini buatkan saya menang1s, masya-Allah,” kata pelakon dan pengacara Neelofa mengenai video istimewa yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminatnya, lofa.page.

Video berdurasi 4.14 minit itu mengandungi klip dan gambar lama Neelofa bersama PU Riz yang disunting beberapa bulan sebelum pengacara itu berniqab.

Video istimewa yang dibuat khas oleh seorang daripada peminat Neelofa nyata menarik perhatian ramai apabila video yang dimuat naik di IGTV itu sudah ditonton lebih 487,000 ribu dan meraih 460 komen.

Menerusi video itu dapat disaksikan serba sedikit perjalanan dan aksi spontan Neelofa dan PU Riz di awal perkenalan mereka sehinggalah hubungan mereka mula menjadi rapat tanpa sengaja.

Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai warganet membuat perkongsian gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon termasuk ucapan tahniah buat pasangan sejoli berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak Online

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tegas Dlm Bercinta, Suka Lelaki Berjanggut. Kakak K0ngsi Ciri2 Lelaki Idaman Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*