Anak Angkasawan Negara Silap Eja Nama Sebab Lama Tak Pergi Sekolah

Ramai yang mengenali keluarga angkasawan pertama negara iaitu Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

Beliau dan isterinya iaitu Datin Dr. Halina kerap berkongsi ilmu serta kisah menarik keluarganya di Instagram.

Pasangan yang juga merupakan doktor perubatan tersebut kini memiliki dua orang anak perempuan dan dua orang anak lelaki kembar.

Lebih membahagiakan, keluarga ini akan mendapat ahli baru setelah Dr. Halina sebelum ini mengumumkan dirinya sedang hamil bayi kembar.

Pada 5 November 2020, Dr. Halina telah berkongsi satu hantaran lucu di Instagram miliknya.

Ia menujukkan anak perempuanya yang bernama Sophea Natasha telah silap mengeja namanya sendiri menjadi ‘Shopea Natasha.’

Hantaran itu disertakan caption:-

“Bila dah lama tak sekolah… nama kelas salah.. nama sendiri pun salah… It’s Sophea… not Shopea ”

Maklumlah, sekarang ini mereka terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), oleh itu sekolah masih lagi ditutup di kawasan yang terlibat.

Rata-rata komen pada hantaran itu menyatakan rasa lucu dan mengira ia hampir sama ejaan dengan Shopee.

Terhibur pula bila terbayangkan situasi ketika itu.

Apa pun semoga keluarga angkasawan kesayangan ramai ini sentiasa bahagia dan ceria.

Buat Datin Dr. Halina, Hot FM mendoakan kesihatan yang baik bersama bayi kembar dalam kandungan!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:  Hot.fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Anak Angkasawan Negara Silap Eja Nama Sebab Lama Tak Pergi Sekolah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*