“K3s Akan Naik Mendadak!” Pakar Jangka Malaysia Bakal Alami Fasa ‘Twindemic’, Lebih Dahsyat Dari Pandemik?

Dalam pada kita masih bergelut melawan Covid-19, ada pakar maklumkan kita akan alami ‘twindemic’. Katanya lebih dahsyat dari pandemik. Alamak betul ke?

Pertembungan dua wabak

Pengerusi Kumpulan Influenza Malaysia, Prof Dr Zamberi Sekawi berkata, keadaan ‘pandemik berkembar’ itu tentunya akan mencetus kebimbangan kerana ia mungkin menyaksikan peningkatan jangkitan influenza bersekali dengan Covid-19, secara mendadak.

Sumber: Gambar Hiasan

“Kalau kita tengok di negara-negara barat, twindemic ini berlaku ketika musim sejuk. Jadi dalam konteks Malaysia, ia berkait rapat dengan musim hujan.

“Yang kita risau kemungkinan akan berlaku risiko twindemic iaitu peningkatan outbreak influenza yang bersekali dengan Covid-19 yang ada sekarang,”

Sumber: Gambar Hiasan

 

Dapatkan pencegahan awal

Tambah Zamberi, langkah pencegahan perlu diberi perhatian untuk menangani wabak ini lebih-lebih lagi bagi golongan yang berisiko seperti warga emas, pesakit penyakit kronik dan ibu mengandung supaya mendapatkan vaksin Influenza.

“Yang membezakan COVID-19 dan influenza adalah dari segi pencegahan. Influenza boleh dicegah melalui vaksin dan ia telah terbukti selamat dan berkesan,”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Astro Awani

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“K3s Akan Naik Mendadak!” Pakar Jangka Malaysia Bakal Alami Fasa ‘Twindemic’, Lebih Dahsyat Dari Pandemik?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*