Lipvtan Langsung Belanjawan 2021, Initip4ti Penting

Liputan langsung Belanjawan 2021 dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan 2021 merupakan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk Mac lalu.

Ikuti kemas kini Belanjawan 2020 dari semasa ke semasa menerusi Mykmu.net.

Menurut Bernama dan Reuters, RM322.5 bilion diperuntukkan tahun ini, kira-kira RM25.5 bilion lebih banyak daripada Belanjawan 2020 yang berjumlah RM297 bilion.

Kira-kira RM236.5 bilion (73.3%) diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi, RM69 bilion (21.4%) untuk pembangunan dan RM17 bilion (5.3%) untuk dana Covid-19.

YBMK: Kerajaan menjunjung titah DYMM Yang di-Pertuan Agong bahawa #Belanjawan2021 adalah sangat penting, bahawa semua pihak harus mengetepikan segala perbezaan serta bersatu padu dalam usaha membanteras COVID-19.

Ekonomi Malaysia dijangka menyusut sebanyak 4.5 peratus tahun ini bertahun tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Zafrul menjangka ekonomi akan bertambah baik pada tahun depan dengan pertumbuhan 6.5 hingga 7.5 peratus, sementara ekonomi global dijangka bertumbuh pada kadar 5.2 peratus.

*Bayaran one off kepada petugas KKM sebanyak RM500

Kerajaan bersetuju meluaskan skop pelepasan cukai kepada RM1,000 bagi rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak juga dinaikkan kepada RM8,000 dari RM6,000. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Kerajaan komited untuk mendapatkan sumber vaksin COVID-19 termasuk melalui program COVAX. Dijangkakan bekalan vaksin melibatkan kos melebihi RM3 bilion untuk memastikan #KesejahteraanRakyat Malaysia. #Belanjawan2021

“Pelepasan cukai perbelanjaan pemeriksaan kesihatan dinaikkan kepada RM1,000 dari RM500. Kerajaan meningkatkan had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas & penjagaan ibu bapa kepada RM8,000 dari RM5,000 dalam #Belanjawan2021. #KesejahteraanRakyat

“Program Baucar 50 Perlindungan Tenang untuk golongan B40, termasuk takaful hayat dan kemalangan diri diperkenalkan dalam #Belanjawan2021.
Tempoh pengecualian duti setem produk Perlindungan Tenang dilanjutkan untuk tempoh 5 tahun lagi. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021”

Kerajaan memperluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi rawatan Peritoneal Dialysis di rumah untuk pesakit buah pinggang. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan. Kadar baru: RM150 seorang anak berumur 7 ke 18 tahun; RM200 seorang anak berumur 6 tahun ke bawah; maksimum RM1,000 sekeluarga. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

“Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan kepada RM300 dari RM250.

Kadar Bantuan Warga Emas, Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan kepada RM500 dari RM350.

Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan kepada RM450 dari RM400. #KesejahteraanRakyat #Belanjawan2021

YBMK: Terdapat 400,000 isi rumah tergolong kategori miskin. Strategi kedua Matlamat #KesejahteraanRakyat dalam #Belanjawan2021 adalah untuk memelihara kebajikan golongan rentan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MYKMU

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Lipvtan Langsung Belanjawan 2021, Initip4ti Penting"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*