“Pelbagai Onak Dvri, ‘Dvka dan Dvka’, Alrmata…” Datuk Fazley Mengakv Isteri Dalm Keadaan Sehelai Sepinggang Ketika Berkahwin

Penyanyi, pelakon dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengakui tidak mudah untuk mempertahankan rumah tangga dibina bersama isteri Datin Azrene Ahmad.

Sepanjang 14 tahun mahligai dibina, Datuk Fazley atau Fazley mengakui pernah diduga dan diuji namun dengan izin Allah SWT, mereka mampu mengatasinya.

Fazley meluahkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri menerusi hantaran di Instagram tepat jam 12 malam tadi (Sabtu), 7 November 2020, bersempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-14 tahun.

“Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir. Namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini.

“Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya.


“Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak-anak kita yang empat orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa,” tulisnya.

Lebih menyentuh perasaan apabila Fazley mendedahkan ketika mereka berkahwin isterinya dalam keadaan sehelai sepinggang.

Pengorbanan isteri yang dipanggil ‘adik sayang’ itu terhadap dirinya juga sangat besar dan sehingga kini, Azrene masih tetap setia disisi.

Fazley turut mengakui kejayaannya hari ini adalah disebabkan ‘adik sayang’ yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan.

“Terima kasih di atas pengorbanan ‘adik sayang’ selama ini. I am who I am today because of you. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan.

“Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu!

“Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun,” luahnya.

Hantaran tersebut menjadi lebih romantis apabila pemilik restoran Minang Kapau itu memuat naik foto-foto awal perkenalan, perkahwinan sehingga kehidupan mereka hari ini, berlatarkan lagu November yang dicipta sepenuhnya oleh Fazley sendiri.

 

View this post on Instagram

 

Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini. Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya. Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa. Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu! Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun Lagu: November itu (Lagu/lirik: Fazley Yaakob)

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pelbagai Onak Dvri, ‘Dvka dan Dvka’, Alrmata…” Datuk Fazley Mengakv Isteri Dalm Keadaan Sehelai Sepinggang Ketika Berkahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*